anizz sakura

Sekolah Diarah Tutup Akibat Jerebu

Sunday, October 18, 2015

Beberapa Buah Sekolah Diarah Tutup Akibat Jerebu




KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan hari ini memaklumkan semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tawau, Kuching dan Samarahan ditutup esok berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan.

Perkara itu diumumkan menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi laman Facebook rasminya.

Bagaimanapun, katanya peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional diteruskan di bawah ‘Ops Topeng’.

Kementerian itu juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.




sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jerebu-sekolah-di-3-negeri-putrajaya-kl-dan-3-kawasan-di-sabah-sarawak-ditutup-isnin-76925

You Might Also Like

2 Pengulasan

  1. ehh masih teruk rupanya jerebu dkt mesia,,ingat dah makin berkurang,,

    ReplyDelete
  2. Teruk lagi jerebu dekat Malaysia ni rupanya.

    p.s: Suka wajah baru blog ni :D

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook