Asalammualaikum.. hye semuanya..kembali lg dlm ruangan ini..hehehe..ecewahh! busy plak kite nie kan dh lme xupdate.. line wifi xmengizinkan plak kite bercoret coretan.. huhuhu..
okeh la cuti semester nie kan ade la lalu blog2 org kan..tgk design..mcm2 lg la kan aktiviti aku time coti2 nie.. so jumpe satu artikel nie..pasal darah.. haa darah?? jenis2 darah kite dh tau n sedia maklumkan..so nk tau la jugak rahsia personaliti seseorg melalui jenis darah kann.. so nie yg nk story mory.. :D
okeh la cuti semester nie kan ade la lalu blog2 org kan..tgk design..mcm2 lg la kan aktiviti aku time coti2 nie.. so jumpe satu artikel nie..pasal darah.. haa darah?? jenis2 darah kite dh tau n sedia maklumkan..so nk tau la jugak rahsia personaliti seseorg melalui jenis darah kann.. so nie yg nk story mory.. :D
Apakah jenis darah anda?? A?? B?? O?? AB??
JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah ini disifatkan sebagai seorang yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Namun ada satu perkara yang harus
anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk
membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk
diri anda sendiri. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan
sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Individu yang memiliki jenis darah
dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin
terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua
perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat
tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki
sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam
persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh
yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak
dikuasai dengan tekanan.
JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah
matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara
berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak
bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang
rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam
kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada
kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan
langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu
diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan
diri pula yang terabai.
JENIS DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang
paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam
perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar
berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda
adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk
meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan
tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap
anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan
pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh
menyelesaikannya secara bersendirian.
JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi,
itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong
dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain
dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk
berdampingan dengan anda. Anda percaya? Terpulanglah pada anda untuk menilainya
sendiri…
#so cmne..mane yg tepat..juz info saje okeh,, :) so sy jenis darah O... :D
sumber pakar lagi arif klik sini eh...
sumber pakar lagi arif klik sini eh...