Assalamualaikum.. hari nie anis terpanggil utk buat satu entri.. pasal pneumokokal..ade la hari tu,, ayah bawak balik paper berita harian.. pastu ade baca satu kisah yg sedih pasal erina.. parents yg kematian anak yg masih baby..korang boleh baca kisah erina dekat sini dan sini .. so anis rase perkara nie perlu di beritahu..event utk diri sendiri.. mesti sedih kan anak yg dikandung,dijaga hingga setahun dua bulan pergi buat selama2nya disebabkan virus pneumokokal tak dapat detect dari awal.. so dengan bahan yg anis dapat nie,, nk share dgn korang semua..:D *maaf kalau ade yg salah, mintak dibetulkan ye* :)
Apa itu jangkitan
Pneumokokal?
Penyakit Pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman
bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh
menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang
selaput otak.
Apakah yang menyebabkan
jangkitan Pneumokokal?
Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae
atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat
(pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di
persekitaran secara langsung.
Apakah vaksin yang ada
dan bagaimana ia diberikan?
Vaksin terdahulu ialah pneumococcal polysaccharide vaccine
(PPV) yang mengandungi 23 antigen pada lapisan yang telah ditulenkan. Vaksin
yang terbaru ialah pneumococcal conjugate vaccine (PCV) yang telah diubahsuai
dengan menggabungkan 7 lapisan kapsul polisakarida yang telah ditulenkan dan
setiap satunya digabungkan dengan toksin difteria yang telah di nyah aktifkan,
untuk mempertingkatkan keberkesanan vaksin ini. Polisakarida adalah kandungan
gula kompleks yang merupakan sebahagian daripada kuman bakteria itu sendiri.
Vaksin ini harus diberikan melalui suntikan ke dalam otot. Vaksin diberi
mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin tersebut.
Siapa yang patut
menerima vaksin ini?
Ibubapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada
bayi-bayi mereka yang sihat. Vaksin ini adalah disarankan untuk kanak-kanak
yang mengalami daya tahan badan yang lemah termasuklah mereka yang telah
menjalani pembedahan pembuangan limpa atas sebab-sebab tertentu, contohnya
seperti pesakit Talasemia (penyakit darah yang kronik).
p/s anak adalah anugerah yg tidak ternilai dari ALLAH..jagalah dia sebaiknya.. kepada erina,, kuatkan semangat.. anakmu menunggumu di syurga.. al-fatihah~ :)
nk info lagi... sumber : http://www.biovco.com