Assalamualaikum...
hari ni tiba tiba nak throwback gambar waktu konvo dulu.. alahaiii rindunyaa nak study balik... ramai suruh anis sambung degree..tapiiiii... hurmm biarlah.. kita tangguh dulu.. sekarang fikir nak ringankan beban family je dulu... apa apa nanti kita rancang di lain waktu ye..hihi..
masa sekolah dulu berangan betul nak pakai jubah lepas tu naik atas pentas.. syok je..masa konvokesyen sekolah tak berpeluang pun pakai jubah.. masa diploma je dapat pakai.. tercapai jugak hasrat di hati ni.. kalau nak ingat kenangan dulu, kejap kejap nak tergelak..kejap sengih.. macam macam jadi.. tolong menolong, masam masam muka pun pernah.. tapi bila masa konvo tu..sebak dia..tak boleh nak cakap.. sedih nak tinggalkan tempat kita belajar tiga tahun ni.. setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..tiada yang kekal abadi di atas dunia ni kan..
sedih jugak sebab masa mula mula jejakkan kaki ke Politeknik Merlimau, penuh dewan.. sampai padat betul.. tapi bila konvo, alahai..setengah dewan je.. ada yang tak mampu nak sambung, ada yang dah pergi tinggalkan kita semua, ada yang masih berjuang menghabiskan study.. macam macam lagi.. itu yang buat lagi sebak.. bila lagu politeknik berkumandang perghhhh lagi la sedih.. tahan je air mata nak keluar..hihi.. hati tisu betul.. :D meh la anis belanja beberapa gambar yang ada.. masa ni pipi pau tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan..ehh betul ke..hahahah.. gerun tengok gambar pipiku..hahah... ^__^
Assalamualaikum..
Lama betul tak mencorat coret dekat sini.. Rinduu nak berblogging macam dulu tapi kesibukan yang melanda.. Aduhaii bersawang sudah blog anis.. Hihi.. Mesti ada yang dah lupa anis kan.. Redhaa.. Heee . Macam macam terjadi.. Biasalah dah nama pun kehidupankan.. Kita perlu berusaha untuk jadi lebih baik dari sebelum ni..
Alhamdulillah niat hati sebelum tahun 2016 mesti dah ada kerja tercapai juga walaupun pekerjaan ni lari betul dari kos yang anis ambil di politeknik tapi takpe.. Ambil je pengalaman dulu kan.. Alhamdulillah dapat gaji pertama terus tolong mak bayarkan apa yang patut.. Lama sangat niat nak tolong mak dan akhirnya achieve goal.. Dapat belanja ayah dan adik2 jugak.. Hihi bahagia sangat bila tengok orang yang kita sayang bahagia.. Syukur ya Allah atas nikmat yang kau berikan pada kami.. Ampuni dosa kami ya rabb.. Aminn
Assalamualaikum...
sekarang musim cuti sekolah dan hujung tahun..selalunya kita akan planning macam macam waktu cuti ni kan.. jadi, anis nak suggest tempat yang menarik bagi anis untuk awak semua kunjungi.. dalam Malaysia ni ada banyak tempat tempat menarik taw.. kita je tak sempat nak siasat satu satu..hihi... awak semua boleh klik klik link di bawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut tempat tempat menarik ni.. jom terjahhhh.... ^__^
Tempat-Tempat Menarik Di Malaysia
Lombong Cantik Guar Petai
Air Terjun Sungai Pandan Di Kuantan
Tempat Best Di Rembau
Menara Condong Di Teluk Intan, Perak
amacam?? ada idea dah nak pergi yang mana satu.. haa baca jangan tak baca.. 2016 kan banyak cuti, rancang sebaiknya mengikut bajet awak semua.. okee jumpa lagiii.. :)