info islam

9 SITI yang harus KITA contohi. .

Sunday, May 20, 2012




1) Siti Khadijah
  • beliau merupakan isteri Rasulullah SAW yang melahirkan anak2 Rasulullah,setia dan sentiasa menyokong Rasulullah walaupun ditentang oleh orang2 kafir dan musyrik,menghantarkan makanan kepada baginda ketika baginda beribadat di Gua Hira'. 


2) Siti Fatimah
  • anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya, sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali Karamallahu Wajhah walaupun Ali miskin. tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan Ali.Rasulullah pernah berkata "aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehingga suamimu memaafkanmu". 





3) Siti Aisyah
  • beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. sanggup berkongsi makanan dan minuman dengan Rasulullah. di mana Nabi SAW minum disitu beliau akan minum menggunakan bekas yang sama. 


4) Siti Hajar
  • isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan ALLAH. sanggup ditinggalkan Nabi Ibrahim atas suruhan ALLAH demi kebaikan. berjuang untuk mencari air demi anaknya Nabi Ismail (pengorbanan ibu mithali). 




5) Siti Mariam
  • wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh ALLAH SWT untuk mengandungkan Nabi Isa. 


6)Siti Asiah
  • isteri firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah. 





7) Siti Muti'ah
  • isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan ALLAH syurga untuknya kerana setianya kepada suami,menjaga makan minum,menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanan tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja. 


8) Siti Aminah
  • wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah. mendidik baginda menjadi insan mulia. 


9) Siti Zubaidah
  • wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun al-Rasyid. sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai niat kerana ALLAH SWT.


p/s : copy paste..renung2kn dan selamat beramal ye smue.. :D







You Might Also Like

0 Pengulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook