Asalammualaikum.. anis in da house.. hee~ sekian agak lme blog mnyepi hari nie nk story something info bergune utk para gadis-gadis n wanita di luar sane.. tentang kanser serviks.. nk tau jugak ape itu kanser serviks kn?? bahaye ke?? mcm mne bentuk kanser tu kan...?? haa bru2 nie ade la pegi satu ceramah tentang kesedaran kanser serviks terhadap wanita.. jangan ingat sekarang wanita tua2 je yg kne..terdapat jugak gadis2 di luar sane.. so sy nie nk kongsi la kpd anda semua info yg amat berguna nie.. dptlah kite cegah dr awal.. :D
Apa itu kanser serviks????
Kanser pangkal rahim atau serviks adalah sejenis penyakit di
mana terdapatnya sel-sel kanser di dalam pangkal rahim seseorang wanita.
Serviks dirujuk kepada apa sahaja struktur yang berbentuk
seperti leher. Serviks uteri membawa maksud leher uterus. Ia merupakan
sebahagian dari rahim yang membuka ke arah faraj. Pangkal rahim dialas oleh dua
jenis sel.
Jenis pertama melapisi bahagian luar pangkal rahim dan jenis
yang kedua melapisi bahagian dalam serviks. Di antara kedua-dua jenis sel ini
terdapat satu persimpangan yang dikenali sebagai zon transformasi atau zon
pertukaran. Di kawasan inilah sampel untuk ujian PAP smear diambil kerana di
sinilah biasanya berlaku perubahan yang dikenali sebagai displasia atau
perubahan pra kanser dan terjadinya kanser.
Kanser serviks boleh dikategorikan kepada empat peringkat,
yang pada asasnya digunakan untuk menentukan jenis rawatan dan prognosis,
adalah seperti berikut :
PERINGKAT 0
“Karsinoma in-situ” atau kanser peringkat awal yang ditemui
di lapisan pertama pengalas sel serviks. Ia tidak lagi menembusi tisu-tisu
serviks yang lain
PERINGKAT I
Sel-sel malignan yang tertumpu hanya kepada pangkal rahim
dan belum lagi merebak
PERINGKAT II
Sel-sel kanser telah merebak dan melampaui pangkal rahim,
melibatkan 1/3 dari bahagian atas faraj.
PERINGKAT III
Sel-sel kanser telah merebak ke bahagain pelvis dan 1/3 dari
bahagian bawah faraj.
PERINGKAT IV
Telah merebak ke dubur, pundi kencing dan juga bahagian-bahagian
lain dalam badan
Kanser pangkal rahim merupakan kanser yang kedua yang paling
biasa menyerang wanita di dunia, di mana 80% daripada kes-kes ini berlaku di
negara-negara sedang membangun
Apakah penyebab kanser pangkal rahim?
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa
faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.Jika seseorang
wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang
berisiko tinggi:
- Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
- Mempunyai pasangan seks berbilang
- Mengandung lebih dari 5 Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV'
(Human Papilloma Virus/wart virus)
- Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
- Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem
imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan
dengannya).
- Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh
jangkitan atau penyakit tertentu.
Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal
rahim?
ini adalah organ dalaman wanita |
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu
daripada gejala berikut:
- Perdarahan yang luar biasa dari vagina (bukan haid)
- Perdarahan yang banyak
- Perdarahan yang berpanjangan
- Perdarahan di antara haid Sakit
- Kehadiran darah beku
- Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
- Sakit semasa hubungan seksual
- Perdarahan dari vagina selepas putus haid
- Keluar cecair yang luar biasa dari vagina
- Berbau
- Bercampur darah
GOLONGAN BERISIKO
-Wanita yang pernah dijangkiti oleh sesetengah jenis HPV dan
badan tidak mampu untuk membersihkan virus tersebut.
-Berusia antara 35-55 tahun. Lebih separuh wanita yang didiagnosis
menghidapi penyakit ini.
-Kebanyakan mereka terdedah kepada penyebab kanser HPV
semasa masih remaja dan pada usia 20-an.
-Lebih ramai wanita yang dijangkiti tidak pernah membuat
ujian Pap.
APAKAH ITU UJIAN PAP SMEAR?
* merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
* Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
* Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser
(sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh
mengakibatkan kanser.
* Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini
pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
* Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel
diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
* Tidak perlu ubat atau bius.
* Mengambil masa beberapa minit sahaja.
BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH KANSER PANGKAL RAHIM?
- Mencegah lebih baik dari merawat.
– Berhenti merokok.
– Amalkan pemakanan yang sihat.
– Amalkan cara hidup yang sihat.
– Setia pada pasangan anda.
– Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
– Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika
masih belum dilakukan lagi.
– Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami sebarang
pendarahan faraj yang tidak normal.
stage penyakit kanser serviks utk merebak.. |
#janganlah kita hanya menitik beratkan kebersihan luaran semata tetapi kebersihan dalaman jugak sgt penting.. jgn hanya cantik luaran sahaja..peringatan jugak kepada diri sendiri..semoga info ini amat berguna kpd semua tidak kira lelaki atau perempuan.. :D adioss~
sumber : klik cni untuk info lagi.. :)
2 Pengulasan
wow nice entry
ReplyDeletethanx acikk.. :)
ReplyDelete