Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada
27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting
yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini
bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari
Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa
saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia.
Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh
penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam
surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga
menceritakan peristiwa ini.
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam
hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda
menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di
Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu
ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah,
arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di
suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan
seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang
berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda
ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai
minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga
emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu
dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan
moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya .
Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda
pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus
Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi
Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam
kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah
S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi
sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan
kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya
penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum
dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983:
53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor
haiwan yang disebut 'Buraq'.
Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung
memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w.
serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
1)
Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa
lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan
solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini,
di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta
di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
2)
Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi
Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus
dibaca Nabi.
3)
Mengambil hikmah dari perjuangan seorang
Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan
keesaan Allah.
4)
Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi
orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat
zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan
suka menjelek-jelekan orang lain.
5)
Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan
dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman
yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan
para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh
Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat
keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah
kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
#tu la cerita tentang nabi Muhammad S.A.W.. banyak pengorbanan baginda untuk umatnya yg dikasihi.. marilah kite same2 berselawat selalu kepada kekasih kita Rasulullah yang disayangi.. rindunya pd Rasulullah kite nie.. kita ambil semua cerita baginda untuk panduan masa hadapan..inshaALLAH.. sekian entri kali ini.. happy reading ! Wassalam.. :)
sumber : wikipedia
0 Pengulasan