Assalamualaikum....
selamat hari raya korban semua... :D haa.. ade yg wat korban ke hari nie?? juz nk remind korang erti n sejarah korban nie k... supaye sntiase mnjadi ingatan untuk kite n inshaallah keturunan2 kite.. :)
let's continue.....
PENGERTIAN KORBAN
Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan
atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.
Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada
perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi,
kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai
Solat Eidul Adha.
Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan
Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta,
lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11,
12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.
Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk
mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah
ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan
ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah
dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.
FIRMAN ALLAH
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad)
akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada
Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan
mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
HIKMAH DI SEBALIK PENSYARIATAN IBADAH KORBAN
1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada
tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu
al-Anbiyak’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai
kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun
begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai
mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan
dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.
2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba
dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap
sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana
Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah
yang ytercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam
beribadah.
3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban
bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.
4. Memulia serta mengagongkan satu syiar dari syiar-syiar
agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;
Maksudnya;
“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang
mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari
ketaqwaan hati.”
(Surah al-Haj : ayat 32)
#ini antara pengertian2 korban.. so kite sbgai umat islam perlu tahu sejarah n pengertiannye oke.. kadang2 org bkn islam boleh menjatuhkan kite dgn bnde2 yg mcm nie.. pasal sejarah pon dyeowg bole permainkan kite.. so kite sbgai umat nabi MUHAMMAD, perlu tahu n mengambil berat isu nie... ini juge untuk peringatan kepada diri sndri yg slalu je termakan semuttt...heee~ so selamat hari raya !!!! ;)
p/s teringinnya nk pegi MAKKAH AL MUKARRAMAH......
0 Pengulasan