info islam

Fakta Menarik Apabila Kita Sujud

Wednesday, December 04, 2013

Assalamualaikum semua silent reader..hee.. haa diam tak diam kite dh pun berada di bulan Disember 2013.. sekejap je mase nie kan.. dgn musim tengkujuh lagi, hujan tanpa henti saat menulis entry ini..hihi.. hujan2 mcm nie bila kita berdoa bagus taw..doa kite mustajab..so berdoa la ye byk2.. dan tak lupe kepada mangsa banjir..moga semuanya selamat..aminn.. oke..... seperti tajuk di atas.. ade bace satu artikel nie fakta tentang sujud.. mehh kite bace sesame ye.. utk manfaat semua..enjoy reading! :)




Subhanallah! Seorang Professor Neuroscientist dari St Edward's University di US, Dr Fidelma O'leary berkata bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal.

Dr Fidelma mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapannya. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia memperolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia dengan sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin dalam solat.

Bila perkara ini berlaku, maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan pemikiran kita, terutama ketika sujud pada waktu solat Subuh. Sujud juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim bagi ibu yang mengandung.

Dr Fidelma telah memeluk Islam semasa pengajiannya dan berkata, "Saya tidak dilahirkan sebagai seorang Islam, saya memilih Islam dan sangat selesa dengannya. Saya amat bersyukur dapat mendekatkan diri saya dengan Tuhan setiap masa."

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Walaupun kita buat usaha mengajak manusia kepada Allah di mana-mana, tapi selalulah berdoa supaya Allah sebarkan hidayah ke seluruh alam.


Janji Allah, ada kejayaan dalam setiap solat & sujud. Hanya Allah Maha Mengetahui.

p/s banyakkan kelebihan sujud nie..ini utk panduan anis n korang semua..:D adios amigos..

You Might Also Like

0 Pengulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook