anizz sakura

10 Januari Tetap Dalam Ingatan

Sunday, January 10, 2016

Assalamualaikum...

10 Januari 2009, anis kehilangan arwah wan anis.. masa tu anis baru naik tingkatan lima.. rasa macam baru lagi rasanya arwah meninggal dunia.. rindu sangat.. 10 Januari 2014, anis kehilangan sepupu anis..mereka kemalangan dalam perjalanan pulang ke kampung... 4 orang sekaligus meninggal dunia.. arwah kak farah, suami dan dua anaknya.. Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. peristiwa yang sama tarikh tapi tahun yang berbeza, tetap meninggalkan kesan buat kami sekeluarga..

Siapa tak sedih kalau ada kematian dalam kalangan keluarga kan.. yang hidup harus teruskan kehidupan walaupun banyak cabarannya.. doakan insan insan yang kita sayang yang telah pergi meninggalkan kita supaya aman damai di alam sana.. setiap yang berlaku, ada sebab musababnya.. rindu memang rindu.. anis rindu sangat semua masakan arwah wan.. sampai sekarang anis cuba masak macam arwah wan, tapi tetap tak sama.. 

syahdu je rasa hati ni.. Allahu.. sebak sangat.. mari sama sama kita sedekahkan al fatihah untuk insan insan yang telah pergi meninggalkan kita.. al fatihah..

surah al fatihah, sedekahkan al fatihah, ayat suci, al quran

You Might Also Like

3 Pengulasan

  1. Al Fatihah..semoga mereka tenang disana..amin.

    ReplyDelete
  2. Allah. kesian anis. bawa bersabar banyak-banyak ye. ramai 4 orang tu. kita hanya merasa 2 orang meninggal sekaligus sahaja. arwah abah and arwah ashu. ALLAH lebih menyayangi mereka. :')

    ReplyDelete
  3. AL fatihah.. moga Wann Anizz bersama orang beriman..

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook