anizz sakura

PROGRAM BAITI JANNATI - RUMAHKU SYURGAKU

Monday, April 30, 2018

Assalamualaikum.. salam satu malaysia..ehh..formal pulak kita hari ini kan.. kita selalu sebut rumahku syurgaku dan bila kita sebut je mesti terbayang rumah yang isi dalamnya bahagia,harmoni dan gembira selalu kan.. siapa je yang tak suka ada rumah sendiri kan.. impian semua orang nak ada rumah sendiri..

Jadi, anis nak share dengan semua pembaca blog anis dengan satu program yang amat baik dan bagus.. iaitu Program Baiti Jannati.. apa tu ek? siapa pernah dengar? ia adalah sebuah program yang dianjurkan oleh TNB dan syarikat-syarikat lain untuk membantu membaik pulih dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan penghuni miskin tegar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sebanyak RM 6.5 Juta diperuntukkan untuk program ini dan akan bertambah lagi bilangannya.. bantuan ini di berikan kepada penghuni yang layak mengikut kriteria yang diberikan.. Program ini amat baik dan telah menjadi realiti apabila banyak syarikat besar membantu menjayakan program ini.. anis agak tertarik dengan program ini dan lebih bagus jika program sebegini ada di setiap negeri di Malaysia untuk membantu gologan yang mempunyai masalah kewangan, masalah untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa, dan juga membantu mereka membaik pulih rumah mereka..




Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebanyak 300 keluarga di kawasan perumahan berkenaan akan dapat dibantu melalui kutipan dana program berkenaan, yang merupakan inisiatif Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan,  sehingga akhir tahun ini.

“Dana yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat ini akan digunakan bagi membaiki rumah-rumah usang milik mereka, dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan RM1 juta oleh Mah Sing Foundation kepada program Baiti Jannati@ Wilayah Persekutuan di sini hari ini. - sumber sinar harian


Anis amat suka program baiti jannati Wilayah Persekutuan ini dapat diteruskan setiap tahun kerana jika kita lihat sekarang di bandar, ada sahaja keluarga yang masih tidak mampu untuk memiliki rumah, ada juga keluarga atau individu yang tidak dapat membaik pulih rumah sedia ada.. Kita sedia maklum kos hidup di bandar adalah amat tinggi.. inisiatif ini akan dapat mengurangkan miskin bandar di Malaysia dan diharap sangat jika program sebegini ada di setiap negeri..

You Might Also Like

26 Pengulasan

  1. Kos sara hidup di bandar memang tinggi. dengan ada program ne dapat jugak membantu meringan kan beban sedikit sebanyak

    ReplyDelete
  2. Bagus program macam ni, membantu golongan yang memerlukan.

    Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

    ReplyDelete
  3. program yang dlm membantu meringankan beban rakyat yg memerlukan bantuan ...

    ReplyDelete
  4. wahh..baru tahu yang program macam nih ada..bagusnyaaa

    ReplyDelete
  5. bagusnya..terbela nasib dorang...

    ReplyDelete
  6. Elokla program cmni diperbykkann

    ReplyDelete
  7. Bagus sangat ada inisiatif macam ni, rugi siapa tak apply.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak mampu meringankan beban

    ReplyDelete
  9. Moga nasib golongan asnaf terbela kan

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah sgt membantu meringankan beban

    ReplyDelete
  11. Besarnya peruntukkan untuk program ni...wow

    ReplyDelete
  12. Syukur Alhamdulillah.. . Moga program sebegini sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  13. Uishh ... untung betul mereka yang tinggal di KL ye. Harap dana yang dapat disalurkan dengan betul dan cermat. Ramai lagi golongan yang perlu dibantu.

    ReplyDelete
  14. sha sokong jugak kalau program ni diteruskan

    ReplyDelete
  15. baru tahu juga ni. baguih baguih!

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, ada yang sudi bantu semoga program seperti ni di teruskan bagi yang memerlukan

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah program bermanafaat untuk yang tak berkemampuan.... :)

    ReplyDelete
  18. tak tahu de program sebegini kat KL

    ReplyDelete
  19. Taraf miskin bandar ni golongan yang amat2 memerlukan bantuan

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak dpt membantu.

    ReplyDelete
  21. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  22. Alhamdulilah moga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah, rumahku syurgaku.

    ReplyDelete
  24. Dgn projek ni, dapat mengurangkan gelandangan. Selain itu, dapat menaik taraf hidup rakyat. Semoga usaha ini berterusan.

    ReplyDelete
  25. bagus program ni, bukan senang nak cari sewa rumah yang murah kan.

    ReplyDelete
  26. Bagusnya program macam ni. Moga Allah murahkan rezeki penganjur program ni..

    Cara Hilangkan Sembelit Semasa Dalam Pantang

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook