PENGORBANAN

Sunday, October 13, 2024

Assalamualaikum semua.. lama anis tak menulis disini kan? masih ada lagi ke geng blogger yang aktif? lama menyepi sampai tak keep in touch dengan kawan2 blogger lain.. rindu kenangan berblogging dulu.. sungguh kan hidup ni perlu pengorbanan.. kadang nak meluah pun takut. takut tersalah kata dan akan mengguris mana2 pihak pula kan.. tiba2 sangat tengah malam ni nak bercoretan disini.. anis akan lega bila menulis. walaupun ayat anis tonggang terbalik. maafkan diri ini. skill menulis pun kelaut dalam dah. 


sesuai dengan tajuk, semua orang pernah melakukan pengorbanan kan? sejauh mana korang cuba kuatkan diri supaya redha dengan keadaan dan situasi semasa? susah tak? sekarang yang anis rasa dan fikir sangat berat. berkecamuk isi hati dan fikiran. ada jawapan cuma pilihan yang dibuat salah satu perkara perlu dikorbankan. keluarga atau masa depan. hurmm, susahnye.. saat menulis ni pun pelbagai rasa ada.. sepanjang beberapa tahun ni memang macam2 benda berlaku.. berat tapi perlu satu keputusan sahaja. anis bukanlah bijak mana.. dua2 penting dalam hidup anis tapi buat masa ni memang mak anis, keluarga yang penting. masa depan penting tapi ada yg lebih penting. mungkin ada yang akan marah pada anis atas keputusan ni,tapi buat masa ni pilihan anis yg itu. berat sampai nak pecah kepala fikir. allahu, moga Allah selalu kuatkan hatini.. 

You Might Also Like

0 Pengulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook