Assalamualaikum..
fuhh sabtu ahad ni terpaksa la jadi detective conan kejap bawak kanta pembesar ke hulur ke hilir..hahah... bukan apa..beberapa hari ni..hidung ni dapat menangkap bau kurang enak... bau Bangkai! uwekkkkk...muntah hijau kuning pelangi semua la..tak lalu gila nak makan... aduhhh...
anis pun cari la puncanya kan..hidung nie agak tajam..cari bau tu...bau macam kat bawah almari... baunye jangan cakap la..busukkk... so semalam, dapat la jumpa baby tikus sebesar dua tiga jari mati dekat bawah rak tv.. oke bersihkan siap2 ubuh segala pewangi bagai... so ingat dah settle..malam sabtu tetiba terbau lagi busukkk aiyooo... so pagi tadi, sekali lagi jadi detective conan cari.. haaa akhirnyaaa jumpa jugakk...baby tikus jugak.. mati dekat celah tangga...satu kerja lagi...phewww...
penat gilosss... beberapa hari lepas...dah dapat 3 ekor mak bapak tikus hidup..masuk sangkar...sekor je mati... apa la yang disukakan sangat masuk rumah anis... rumah tak sepah pun..haiyaaa...
anis memang agak fobia dengan tikus sebab pernah jadi kes dalam family anis.. arwah abang sepupu meninggal dunia dua tahun dulu lepas terkena leptospirosis..iaitu kencing tikus..so agak fobia..lagi2 semalam anis jumpa kecing tikus dekat mesin basuh dekat rumah...hurmm... so apa2 kaitan dengan tikus memang agak Bahaya ye..
Penyakit Pembawaan Tikus
Leptospirosis / Kencing Tikus
credit : http://ibnukhusairy.com
Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
Tanda/Gejala Kencing Tikus:
- Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
- Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
- Batuk tidak berkahak
- Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
- Radang selaput mata.
- Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.
penyakit ni boleh membawa maut.. setiap kali dengar penyakit ni..hati ni rasa lain sangat... sebab dah ade ahli keluarga meninggal dunia kerana penyakit ni.. so, tugas esok pagi..cek balik tempat yang berbau...kena pantau kehadiran tikus ni.. lagi2 dekat dapur.. chaiyok ! chaiyok ! anis...






