Assalamualaikum..
fuhh sabtu ahad ni terpaksa la jadi detective conan kejap bawak kanta pembesar ke hulur ke hilir..hahah... bukan apa..beberapa hari ni..hidung ni dapat menangkap bau kurang enak... bau Bangkai! uwekkkkk...muntah hijau kuning pelangi semua la..tak lalu gila nak makan... aduhhh...
anis pun cari la puncanya kan..hidung nie agak tajam..cari bau tu...bau macam kat bawah almari... baunye jangan cakap la..busukkk... so semalam, dapat la jumpa baby tikus sebesar dua tiga jari mati dekat bawah rak tv.. oke bersihkan siap2 ubuh segala pewangi bagai... so ingat dah settle..malam sabtu tetiba terbau lagi busukkk aiyooo... so pagi tadi, sekali lagi jadi detective conan cari.. haaa akhirnyaaa jumpa jugakk...baby tikus jugak.. mati dekat celah tangga...satu kerja lagi...phewww...
penat gilosss... beberapa hari lepas...dah dapat 3 ekor mak bapak tikus hidup..masuk sangkar...sekor je mati... apa la yang disukakan sangat masuk rumah anis... rumah tak sepah pun..haiyaaa...
anis memang agak fobia dengan tikus sebab pernah jadi kes dalam family anis.. arwah abang sepupu meninggal dunia dua tahun dulu lepas terkena leptospirosis..iaitu kencing tikus..so agak fobia..lagi2 semalam anis jumpa kecing tikus dekat mesin basuh dekat rumah...hurmm... so apa2 kaitan dengan tikus memang agak Bahaya ye..
Penyakit Pembawaan Tikus
Leptospirosis / Kencing Tikus
credit : http://ibnukhusairy.com
Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
Tanda/Gejala Kencing Tikus:
- Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
- Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
- Batuk tidak berkahak
- Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
- Radang selaput mata.
- Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.
penyakit ni boleh membawa maut.. setiap kali dengar penyakit ni..hati ni rasa lain sangat... sebab dah ade ahli keluarga meninggal dunia kerana penyakit ni.. so, tugas esok pagi..cek balik tempat yang berbau...kena pantau kehadiran tikus ni.. lagi2 dekat dapur.. chaiyok ! chaiyok ! anis...
22 Pengulasan
oh myyy...akak memang sensitif tahap dewa dengan binatang yang satu niiii...geli la!
ReplyDeletemati? ya ampun....risau nye dh berapa lama lah bersarang kat dalam rumah tu...pastikan semua pinggan mangkuk dan peralatan dapur di basuh semula sebelum guna...bahaya TIKUS nih
ReplyDeletebasuh dengan klorox.. nak hapuskan bekas tikus..heee
DeleteAkak geli ngan tikus..pernah jugak tikus dtg menyerang rumah tp sekejp tu je la bila abah akak letak racun tikus...byk gak la yg mati...tp abah ckp tikus ni pendendam..
ReplyDeletekencing tikus bahaya kan..hihi..pasni anis try letak daun pandan or serai wangi kat celah-celah bilik tu..i'allah tikus xbrani masuk..or pasni beli je spray serai wangi yang kaler pink kat pasaraya..
ReplyDeleteadus Anis.. bahaya tu.. kena selalu letak racun tikus la akak rasa macam ni..
ReplyDeletetak semestinya rumah yg sepah saja ada tikus Anis.. kadang rumah kita ok tapi sekeliling ? rumah sebelah ke apa ke.. longkang lubang bagai.. boleh je dia membiak situ.. dah branak pastu anak sepah2 plak tikus tu.. sekor mati sni mati sana haaaish..
klu letak rajun, mmg hadap la nak mencari bangkai di celah-celah.. tikus ni mana2 pun nak ada.. tak suka
DeleteNak kena bela kucing yang pandai cari tikus. Bahaya ada tikus kat rumah ni.
ReplyDeleteerr tapii anis takut kucing..hihi...acaner nak bela..hihi
DeleteTikus ni memang bahaya. Sebab tu kita kena sentiasa berjaga-jaga.
ReplyDeleteNasiblah ada dec conan tolong tu :)
ReplyDeleteSalam. Hee tikus yang jahat ;p
ReplyDeletesiap jadi conan anizz..
ReplyDeletedetective conanis(conan+anis)..hihih..bahaya ada kencing tikus kat rumah..takut jugak kalau merebak.
ReplyDeleteseram , bila pegi kedai makan , tiba2 ada tikur berkeliaran , terus lari dari kedai makan tu..
ReplyDeletetikus.. menjerit I satu rumah klu jmpa.. geliii...
ReplyDeleteAniz letak racun ka yang tikus mati merata. ke sebab tak tahan rumah aniz bersih..hehee
hahha... rumah bersih je.. ni kes sebab letak racun tikus..hahah... selalu pakai sangkar perangkap je..huhu
Deleteerr..rasa meremang bulu tengok tikus..tapi kalau hamster kak wana pegang pula..hihi
ReplyDeletesm laa kat kawasan perumahan ni kdg kala smpi naik rimau. da baut gotong royong pun sm je keadaannya...berkeliaran! geli!
ReplyDeletebahaya tu kak anis. kwsn luar rumah ainaa pun, lepas bnjir haritu ada plk cik kus ni dtg melawat. huhu
ReplyDeletememang risau.. setiap kali kalau kene cirit birit memang takut... takut ada simptom virus ni.. Nauzubillah
ReplyDeletememang tak suka kalau ada tikus mati kat umah. Dah la bahaya air kencing dia tu kan...
ReplyDelete