Assalamualaikum..
jerebu semakin teruk sejak akhir akhir ni kan... sesak nafas rasanya..aduhaiii.. mata pedih yang amat.. tekak pun dah mula rasa perit.. nak keluar sekejap pun dah rasa sesak nafas.. hurmm.. jaga kesihatan ye semua..
nak kupas isu pasal rendah diri ni.. sesiapa pun pernah rasa rendah diri kan? kenapa ianya terjadi? kenapa kita kena rasa rendah diri? persoalan yang selalu bermain di minda.. kita tengok orang lain pandai, kita rendah diri..kata kita kurang pandai la ape la.. down.. rendah diri kena juga bertempat.. jangan jatuhkan semangat kita, semangat diri sendiri.. sesiapa dalam dunia ni tetap akan melakukan kesalahan, nobody perfect.. Allah s.w.t sahaja mengetahui apa yang terbaik buat kita pada masa hadapan.. usaha dan tawakal adalah perkara utama bila melakukan sesuatu..
Anis sendiri ada perasaan rendah diri..kadang kadang rasa, kenapa aku tak boleh jadi macam dia? kenapa aku tak power macam dia? automatik terjadi.. tapi kita, boleh lawan semula.. bagi semangat dekat diri sendiri.. siapa lagi nak berikan motivasi melainkan diri sendiri.. biarlah orang nak kata apa.. yang penting jangan nampak sangat kelemahan kita tu depan orang lain.. sebab, kelemahan kita yang kita tunjukkan akan jadi senjata orang lain untuk hentam kita.. ingat tu !
Balance kan semua perkara..jangan nampak berlagak pulak.. sederhana lebih baik kan.. anis kata ni, bukan apa.. kadang kadang dengan menulis kita boleh bangkitkan semangat kita sendiri yang tengah down.. sambil menulis, sambil kita share benda yang boleh memotivasikan orang lain kan.. kita boleh cakap dengan diri sendiri yang kita boleh buat macam orang lain buat.. jadikan kesalahan atau kelemahan kita ni sebagai satu motivasi untuk kita bangkit dan terus berjaya..
terms yang anis selalu guna dengan best friend anis, "kenapa orang lain boleh buat, kita tak boleh buat".. persoalan untuk diri sendiri.. bila rasa rendah diri, cek balik apa sebabnya.. jangan biarkan emosi tu mengatasi minda waras kita.. anis share untuk diri sendiri.. tiada niat apa apa.. sebelum nak ceritakan masalah dengan orang lain, baik kita motivasikan diri kita dulu.. lepas tu kalau down jugak, baru jumpa orang yang dipercayai minta pandangan dia.. so, jangan biarkan perasaan rendah diri tu melampaui batas okay.. smile can make yourlife cheerful ^__^ sini anis share maksud rendah diri dan cara mengatasinya.. anis jumpa info ni dekat SINI
Maksud Rendah Diri
Rendah diri adalah suatu penyakit. Penyakit ini termasuk penyakit yang berbahaya dan suatu sikap yang merugikan diri pribadi kita. Banyak orang yang menderita penyakit ini, meliputi jutaan orang dan mungkin juga terjadi pada kita. Berikut ini kita akan bersama-sama mempelajari arti dari rendah diri dan cara mengatasinya.
Pengertian rendah diri.
Pengertian rendah diri adalah perasaan menganggap terlalu rendah pada diri sendiri. Orang yang menganggap diri sendiri terlalu rendah dikatakan rendah diri. Orang yang rendah diri berarti menganggap diri sendiri tidak mempunyai kemampuan yang berarti.
Ciri – ciri orang yang rendah diri.
Orang yang merasa rendah diri dapat dilihat dari tingkah lakunya. Tingkah laku orang yang rendah diri diantara lain sebagai berikut.
a. Selalu menyendiri dan menarik diri dari pergaulan. Orang yang menganggap dirinya tidak mempunyai kemampuan yang berarti biasanya tidak mahu bergaul dan menarik diri dari pergaulan.
b. Selalu ragu dalam bertindak. Orang yang merasa tidak mempunyai kemampuan yang berarti akan selalu ragu – ragu dalam bertindak. Perasan seperti itu akan merugikan diri sendiri.
c. Tidak mahu bersaing positif, seperti persaingan kepandaian, lomba mengarang dan balap sepeda.
Contoh : Vina menganggap dirinya anak yang paling miskin di kelas. Pada waktu istirahat tanpa sengaja Indah menginjak kaki Vina. Karena menganggap dirinya anak yang paling miskin maka Vina merasa diejek oleh Indah dan langsung marah. Padahal, indah tidak sengaja.
Cara mengatasi timbulnya perasaan rendah diri
Setiap oarang mempeunyai kelemahan dan kelebihan. Agar dapat terhindar dari perasaan rendah diri, siswa dapat memperhatikan hal – hal di bawah ini.
*) Terimalah kekurangan yang ada pada diri anda dengan lapang dada. Siswa harus dapat menerima dan mengakui bahwa setiap manusia mempunyai kekurangan dan tidak ada manusia yang sempurna.
*) Carilah kelebihan yang anda miliki. Kelebihan yang siswa miliki dapat siswa kembangkan sehingga menjadi kecakapan yang nyata.
Read more: RENDAH DIRI : Cara Mengatasi Rendah Diri
Assalamualaikum..
cerita terbaru yang menggantikan mak cun.. nampak macam best... suasana di Acheh..gaya hidup di Acheh.. anis baru tengok semalam.. not bad.. kena tengok next next episod baru faham jalan cerita.. anis tengok ada cerita mengenai Tsunami 2004.. jom tengok sinopsis dia..
cerita terbaru yang menggantikan mak cun.. nampak macam best... suasana di Acheh..gaya hidup di Acheh.. anis baru tengok semalam.. not bad.. kena tengok next next episod baru faham jalan cerita.. anis tengok ada cerita mengenai Tsunami 2004.. jom tengok sinopsis dia..
Slot Lestary : Lari Mira
Sinopsis Lari Mira
Lari Mira mengisahkan tentang Mira yang mengimpikan sebuah majlis perkahwinan dalam taman namun mendapat bantahan dari ibunya yang mahukan perkahwinan Mira mengikut tradisi Acheh. Tanpa persetujuan dari Mira, ibunya membuat perancangan untuk mereka sekeluarga ke Acheh.
Tindakan ibunya itu membuatkan Mira marah dan merajuk. Dalam masa yang sama wujud perselisihan faham antara Mira dan tunangnya yang didapati masih berhubung dengan bekas kekasih. Biarpun merajuk dengan ibunya, Mira tetap bertolak ke Banda Acheh tanpa mendapatkan penjelasan sebenar dari tunangnya, Yusof.
Namun persiapan perkahwinan di Acheh yang menjadi impiannya bertukar tragedi bila tiba-tiba tsunami melanda. Selepas sedar dari tragedi tersebut, Mira mendapati dirinya berada di bawah timbunan runtuhan. Di sekelilingnya terdapat mayat-mayat dan dipenuhi lumpur.
Selepas menyelamatkan diri sendiri, Mira berusaha untuk mencari ahli keluarganya yang hilang. Ketika berada dalam keadaan tidak tentu arah, seorang lelaki berpakaian baju seragam penyelamat datang mendapatkannya. Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Rio dan membawanya ke satu tempat untuk mendapatkan rawatan.
Mira dibawa jauh dari Banda Acheh menaiki van. Dalam van tersebut, Mira berkenalan dengan Muthia.
Dalam masa yang sama, Yusof nekad ke Acheh untuk mencari Mira biarpun mendapat halangan dari keluarganya. Di Acheh dia berkenalan dengan Dr Zuli dan menawarkan untuk menjadi sukarelawan di pusat rawatan sementara untuk memudahkannya mencari maklumat tentang Mira.
Hendak dijadikan cerita, Muthia terdengar perbualan antara Rio dan seseorang individu yang lain tentang perancangan untuk menjual remaja dan kanak-kanak yang ditemuinya. Muthia mengajak Mira untuk melarikan diri.
Apa akan terjadi kepada Mira? Berjayakah Mira menyelamatkan dirinya bersama Muthia? Siapa pula lelaki bernama Adi yang ditemuinya? Dapatkah Mira bertemu semula dengan Yusof dan kembali ke tanah air?
Semua persoalan itu akan terjawab dalam Drama Lari Mira bermula 9 September jam 9:00 malam setiap Rabu dan Khamis hanya di slot Lestary TV3.
sumber : www.notainfo.com/2015/09/sinopsis-drama-lari-mira/





