Assalamualaikum..
hyep..hyep..udah lame xupdate mngenai kesihatan..heheh.. hari nie nk update psal penyakit buah pinggang..yup dh lme nk update tp.. msalah M tu menular dlm diri..heheh..oke la kite xmahu la celoteh repek kerepek lebih2 kan.. ade yg msih xtahu betapa pentingnya buah pinggang termasuk la owner blog nie.. tp skrg dh rjin buat research sbb ayah ku dh pon kena pnyakit buah pinggang rosak n perlu di dialisis kan.. so sejak dr tu,, sy perlu tahu mcm mne nk jage pesakit yg buat rawatan dialisis nie.. so... lets read ! :)
Maksud buah pinggang (wikipedia)
hyep..hyep..udah lame xupdate mngenai kesihatan..heheh.. hari nie nk update psal penyakit buah pinggang..yup dh lme nk update tp.. msalah M tu menular dlm diri..heheh..oke la kite xmahu la celoteh repek kerepek lebih2 kan.. ade yg msih xtahu betapa pentingnya buah pinggang termasuk la owner blog nie.. tp skrg dh rjin buat research sbb ayah ku dh pon kena pnyakit buah pinggang rosak n perlu di dialisis kan.. so sejak dr tu,, sy perlu tahu mcm mne nk jage pesakit yg buat rawatan dialisis nie.. so... lets read ! :)
Maksud buah pinggang (wikipedia)
Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang
memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan
imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit
(seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai
kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion
seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino,
kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting
bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel
darah merah (eritrosit) dihasilkan).
Bidang perubatan yang mengkaji buah pinggang dan penyakit
buah pinggang dikenali sebagai nefrologi. Awalan nefro- bererti buah pinggang
dari perkataan Yunani nephros; tambahan renal bererti berkait dengan buah
pinggang dari perkataan Latin rēnēs, bererti buah pinggang.
Tanda-tanda Sakit Buah Pinggang kronik
Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing
lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan
kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan
garisgaris warna coklat dilihat di kuku tangan.
Rawatan
Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh
dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan.
Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan
rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti
bertambah teruk.
Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang
hayatnya?
Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga
kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.
Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?
Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup
secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat
seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh
mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi.
Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?
Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya
kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang
membantu dalam rawatan.
Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku?
Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap
penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan
pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang
menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.
Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah
pinggang?
Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda
yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak
sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam.
Tanda-tanda seperti ini memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit
buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia
dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan
darah tinggi.
antara jenis mesin dialisis |
ini proses dialisis |
ini kedudukan pesakit semasa menjalani rawatan dialisis |
#so nie la dia penerangan sedikit mengenai buah pinggang.. kita perlu jaga buah pinggang kita. ada yang mengatakan pd sy,, 'tulah, lain kali jage elok2 buah pinggang, nie dh sakit, tanggung la' ye.. itu kesilapan kita,,tp perlukah kita mengatakan pd pesakit begitu? ape perasaan pesakit,, walaupon sakit n kecik hati dgn kate2 tu..mase xkan boleh diundur untuk membetulkan keadaan nie.. sy harap org2 diluar sana memahami perasaan pesakit.. sy lihat sendiri ayah sy di dialisis.. tangan bengkak,,kesiann.. sy sedih lihat semua tu,, itu bahagian ayah sy,, sy nt?? kita tidak tahu,, kdg2 mcm2 tohmahan yg dpt.. tp ALLAH know best our fade.. this is not last hope but the beginning our hope.. kita cume perlu berdoa dan tawakal kepada ALLAH.. pada anda yg memandang penyakit buah pinggang sebagai perkara remeh, berhentilah beranggapan seperti itu kerana buah pinggang adalah salah satu organ terpenting kita.. jika ia rosak,, ibarat kita lumpuh setengah badan.. jagalah,, hargailah.. sekian sahaja entri kali ini.. diharap anda mendapat info yg berguna ini.. wassalam..:D
sumber : wikipedia ,, kaedah rawatan