info kesihatan

BUAH PINGGANG (ANTARA ORGAN TERPENTING)

Monday, May 20, 2013

Assalamualaikum..
  hyep..hyep..udah lame xupdate mngenai kesihatan..heheh.. hari nie nk update psal penyakit buah pinggang..yup dh lme nk update tp.. msalah M tu menular dlm diri..heheh..oke la kite xmahu la celoteh repek kerepek lebih2 kan.. ade yg msih xtahu betapa pentingnya buah pinggang termasuk la owner blog nie.. tp skrg dh rjin buat research sbb ayah ku dh pon kena pnyakit buah pinggang rosak n perlu di dialisis kan.. so sejak dr tu,, sy perlu tahu mcm mne nk jage pesakit yg buat rawatan dialisis nie.. so... lets read ! :)

Maksud buah pinggang (wikipedia)


Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).
Bidang perubatan yang mengkaji buah pinggang dan penyakit buah pinggang dikenali sebagai nefrologi. Awalan nefro- bererti buah pinggang dari perkataan Yunani nephros; tambahan renal bererti berkait dengan buah pinggang dari perkataan Latin rēnēs, bererti buah pinggang.

Tanda-tanda Sakit Buah Pinggang kronik

Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garisgaris warna coklat dilihat di kuku tangan.

Rawatan

Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk.

Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya?

Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain.

Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja?

Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi.

Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit?

Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam rawatan.

Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku?

Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah.

Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang?

Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi.


antara jenis mesin dialisis



ini proses dialisis



ini kedudukan pesakit semasa menjalani rawatan dialisis

#so nie la dia penerangan sedikit mengenai buah pinggang.. kita perlu jaga buah pinggang kita. ada yang mengatakan pd sy,, 'tulah, lain kali jage elok2 buah pinggang, nie dh sakit, tanggung la' ye.. itu kesilapan kita,,tp perlukah kita mengatakan pd pesakit begitu? ape perasaan pesakit,, walaupon sakit n kecik hati dgn kate2 tu..mase xkan boleh diundur untuk membetulkan keadaan nie.. sy harap org2 diluar sana memahami perasaan pesakit.. sy lihat sendiri ayah sy di dialisis.. tangan bengkak,,kesiann.. sy sedih lihat semua tu,, itu bahagian ayah sy,, sy nt?? kita tidak tahu,, kdg2 mcm2 tohmahan yg dpt.. tp ALLAH know best our fade.. this is not last hope but the beginning our hope.. kita cume perlu berdoa dan tawakal kepada ALLAH.. pada anda yg memandang penyakit buah pinggang sebagai perkara remeh, berhentilah beranggapan seperti itu kerana buah pinggang adalah salah satu organ terpenting kita.. jika ia rosak,, ibarat kita lumpuh setengah badan.. jagalah,, hargailah.. sekian sahaja entri kali ini.. diharap anda mendapat info yg berguna ini.. wassalam..:D


sumber :   wikipedia ,, kaedah rawatan

You Might Also Like

0 Pengulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook