anizz sakura

Maksud Pantang Larang Orang Dahulu Kala

Thursday, January 01, 2015

Assalamualaikum..
orang zaman dahulu... zaman tok nenek kita dulu banyak kiasan kan.. kadang-kadang rasa tak logik..huhu... tapi cuba fahamkan betul2 maksudnye.. ade yang tersurat dan tersirat taw.. bukan sengaja je cakap macam tu.. orang zaman dahulu banyak main kiasan supaya orang lain tak tersinggung dengan teguran atau nasihat.. sumber dari FB tapi tak ingat ambik kat mane..huhu.. maaf ye.. jom la kita baca maksud kiasan orang dulu2.. :)


sumber gambar credit pada : www.daito.ac.jp


Himpunan Pantang Larang Orang Melayu Beserta Maksudnya
Kita dibesarkan dengan bermacam-macam adat dan pantang-larang. Mari kita berkongsi pantang larang orang tua-tua dahulu bersama dengan sebab dan apa sebenarnya di sebalik alasanya. Antaranya adalah:~

Tidak boleh lalu bawah kain jemuran
kerana - nanti pening kepala @ sakit kepala sebenarnya - takut kain jumuran jatuh. satu hal nak cuci semula.
Tidak boleh makan berpindah tempat
kerana - takut kahwin ramai, sebenarnya - dah satu tempat makan bersepah, takut sepah tampat lain pulak.
Anak gadis tidak boleh duduk di tangga rumah
kerana - takut lambat jodoh, sebenarnya - payah nak lalu lalang
Tidak boleh meniarap sambil lipatkan kaki ke atas
kerana - takut ayah@ibu meninggal, sebenarnya - akan sakit dada dan kaki menjadi kebas
Anak gadis tidak boleh menyanyi sewaktu memasak
kerana - akan dapat suami tua, sebenarnya - takut masakan hangus @ tak sedap
Lepas makan curah sedikit air minum dlm pinggan
kononnya supaya tak kering rezeki, sebenarnya nak basuh pinggan nanti senang
Tak boleh bertindih pinggan masa makan
- takut kahwin ramai. padahal susah nak cuci banyak pinggan
Bakal pengantin tak boleh berjumpa dalam seminggu sebelum kahwin
- nanti pendek jodoh. walhal nak menambahkan kerinduan antara pasangan pengantin.
Masuk dalam rumah sewaktu senja
- nanti disorok hantu. Sebenarnya waktu solat maghrib singkat. Takut x sempat.
Jangan bersiul waktu malam
- takut ular masuk rumah. Sebenarnya suara siul sumbang. Janggu orang nak tido
Jangan bukak payung dalam rumah nanti ular masuk rumah
- padahal taknak membahayakan orang dalam rumah takut tercucuk payung
Pantang larang orang tua-tua bila membuat tapai :
Masa nak bungkus, x leh bising - takut x masak
Masa nak bungkus, x leh laki ada dirumah - takut x manis dan berair
Wanita datang bulan x leh bungkus - nanti tapai jadi merah.
Masa nak bungkus, muka kena senyum - baru tapai jadi manis
Jika hendak memulakan perjalanan jauh, jangan pusing balik jika tertinggal barang
- nanti akan mendapat musibah dalam perjalanan.
Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan
- Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.
Kalau pakai inai,jgn bagi ayam nampak..
kerana - x merah la inai..
Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
-Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.
Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
-Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.
Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
-Melihat matahari sewaktu gerhana mampu menyebabkan mata menjadi buta.
Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.
-Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan
-Untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur makhluk halus ataupun penunggu busut berkenaan
Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul
- Supaya menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak, dan tidak sopan kalau perkakas yang digunakan untuk melapik kepala diletakkan di bawah punggung
Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang
- Larangan ini untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah.
Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata engkau akan buta
- (a) Untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak
(b) mengelakkan jarum daripada tercucuk tangan
Orang lelaki baru berkhatan tak boleh pijak tahi ayam nanti anunya x keputihan. -
- sebenarnya tak bagi budak tu jalan jalan kat luar rumah. Bila jalan, lambat sembuh. Takut terbuka bahagian
yang di potong tu
Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul.
- Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu.
- Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
- Terdapat hadis dalam perkara ini.

You Might Also Like

18 Pengulasan

  1. Byknya plak pantang lrg dulu2 kan..byk juga yg Lya x taw

    ReplyDelete
  2. Memang ada reasons di sebalik pantang larang orang dulu-dulu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... ade sbbnye.. cume kite kena cari logiknye di mane..huhu

      Delete
  3. Banyak lagi kan pantang larang...x boleh tunjuk pelangi nanti jari buruk...aku x tau apa maksudnya...
    pastu x boleh makan terus dalam periuk...nanti banjir...
    ada juga kalau makan nasi jangan letak banyak sup sampai berenang tu nasi..nanti masa bersanding kena hujan lebat...
    ada juga larangan beli kasut terus pakai.. mesti sebelum pakai kasut, kena sebut "sebelum kau gigit aku, aku gigit kau dulu"
    pastu gigit sikit kasut tu...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg pasal pelangi tu anis tak tau... yg dlm periuk tu mungkin sebab xnak bersepah kot.. hihi.. nasi berenang tu kan makanan berkuah.. nanti kotor baju..huhu.. yg pasal kasut tu betul tu..selalu buat..hahahah...

      Delete
  4. yang pasal anak dara duduk dekat tangga tuh, mak akk cakap, nnt org xnak masuk meminang...lain sikit...akk rasa, bukan sebab susah nk lalu, tapi org dulu2 kan tangga depan rumah kan...kalau ank dara duduk berlonggok jer dekat tangga depan rumah, siapalah plak yang menolong mak dekat dapor kan... org lalu depan rumah nampaklah, anak dara tuh pemalas sebenarnya...ahhahahahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa betul sgt teori kak aisya..hahah... ayah anis pon ckp bnda yg same gak..hahah...

      Delete
  5. Sbb tu org perempuan dulu2 kebanyakannya pemalu. Hihihi irrayyan.com

    ReplyDelete
  6. sekarang kalau cakap kat anak2 ditanya kita macam2. jenuh gak nak menjawab satu2 soklannyer tu. hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama myja.. anak sedara anis pon kadang2 banyak bertanya soalan yg plik2.. penat nak menjawab..hahah...

      Delete
  7. pantang larang orang dulu2 ni ada betul nya dan sis JM pun ada juga follow pantang larang nih

    ReplyDelete
  8. hehe benda benda ni cipta untuk elakkan anak-anak dok buat benda tah ape apa yang dia nak explore..

    ReplyDelete
  9. maksud mendalam...tp org skrg praktik ke x praktik?

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook