anizz sakura

PART 1 : Tempat-Tempat Menarik Di Rembau, Negeri Sembilan

Tuesday, February 17, 2015

TEMPAT BEST DI REMBAU,NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum..

huishhh macam biasa la..tengahari cenggini panasss wooo... bersabarlah...okee...atas permintaan rakan blogger si bro ARZ MOHA yang nak anis ceritakan tempat yang boleh dikategorikan best kat Rembau ni.. nie berdasarkan ape yang anis tahu je taw.. kalau ade yang best boleh la share..hihi... nama je duduk di Rembau tapi banyak tempat tak jelajah habis lagi..hahah... moh la kito baco sampai habisss yoo... ^__^

sejarah REMBAU
Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak di arah selatan bersempadan dengan negeri Melaka. Menurut sejarah, Rembau asalnya adalah antara tempat mendarat terawal orang-orang Minangkabau dari SumateraAdat Perpatih telah dibawa masuk oleh orang Minangkabau. Mereka membuka perkampungan di sini dan ramai yang berkahwin dengan penduduk asli di daerah ini. Semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka dipercayai Rembau adalah sebahagian daripada jajahan Melaka. Orang-orang Rembau pernah berperang dengan orang-orang Naning, Melaka pimpinan Haji Dol Said.
credit to : WIKIPEDIA

**dah baca kan sejarahnya serba sedikit...mukadimah je tu..hihi... 

REMBAU CRYSTAL
credit to : http://rembau.ns.gov.my/index.php/maklumat-organisasi/tempat-menarik/161-rembau-crystal


untuk tengok lebih banyak gambar crystal yang cantik belaka sila klik LINK di bawah ni
Yayasan Negeri Sembilan telah menciptakan sebuah tempat unik di Daerah Rembau sebagai kompleks perkampungan kristal terbesar di Malaysia. Fasilitas ini dibuka pada 1 Desember, 2007. Kompleks ini juga merupakan sebuah pusat pelatihan, pembuatan serta pameran. Struktur unik Galeri Rembau Crystal ini memuat ciri-ciri unik seni bangunan Melayu Minangkabau. Produk yang dibuat dan dijual disini dibuat dari kristal. Diantara produk yang dibuat termasuk lampu meja, barang perhiasan kristal, pinggan mangkuk, aksesori dan banyak lagi. Produk kristal disini dibuat mengikut piawaian antarabangsa. Perkampungan kristal ini juga menjadi pusat bagi remaja lokal untuk mempelajari cara-cara membuat kristal, selain membuka peluang untuk menjual hasil kerajinan tangan mereka. Hal ini turut menjadikan Rembau sebagai salah satu tujuan pelancong terkenal di Malaysia.
Rembau Crystal beroperasi mulai jam 09.00 pagi hingga 07.00 petang (Isnin & Jumaat) dan jam 09.00 pagi hingga 16.00 petang (Sabtu & Minggu).
Rembau Crystal Sdn. Bhd. Lot 1432, Kompleks Perkampungan Kristal, Jalan Kampung Mulia, 71300 Rembau, Negeri Sembilan No Tel: 06-6853100 / 6855100 No. Faks: 06-6854100 atau kirim email ke: rembaucrystal@yahoo.com.my
MUZIUM REMBAU (Replika Istana Raja Melewar)
credit photo : zkeretapi.blogspot.com

credit photo : nagarinantuo.com
Pembinaan Muzium Replika Istana Raja Melewar Rembau telah mendapat persetujuan dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan ia merupakan satu tanggungjawab pengurusan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Muzium ini adalah satu lagi tempat yang boleh dilawati di mana terdapat artifak-artifak dan peninggalan sejarah yang terdapat di daerah Rembau untuk dihayati oleh pengunjung dalam dan luar negeri. Bangunan Muzium Replika Istana Raja Melewar telah siap dibina sepenuhnya. Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan N.Sembilan, pengurusan muzium ini akan diserahkan kepada pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan untuk dibuat perjawatan dan pengisian. 
Sesiapa yang berminat nak mengetahui sejarah Rembau,boleh datang ke sini.. :)
Muzium Replika Astana Raja Melewar
Kampung Nerasau, Rembau
Tel/Fax: 06-438 3409

HUTAN REKREASI GUNUNG DATUK

sumber google

Nama: Gunung Datuk
Ketinggian: 2900 kaki (870m)
Tempat: Kg Batang Nyamor, Rembau, Negeri Sembilan
Lokasi: 21km dari Pekan Rembau, 15km dari Pekan Tampin
Tol: dari utara; tol Pedas-Linggi, dari selatan; tol Simpang Ampat
Pendaftaran: RM5
Masa Naik: 2 jam (lebih & kurang)
Masa Turun: 1 jam (lebih & kurang)
Tahap: Medium-Easy
Trek: tanah bukit, batu
Kemudahan: elektrik, tandas, chalet, dewan serbaguna, tempat duduk, gerai, tempat letak kereta (semua ni kat bawah, kat atas xde)
Keistimewaan di puncak gunung:
1-Sekiranya cuaca baik, boleh nampak Selat Melaka
2-Tapak kaki Hang Tuah
SejarahPada tahun 1372, puncak Gunung Datuk pernah digunakan oleh Dato’ Perpateh Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran dan penyandang Dato’ Lembaga 
** Peminat aktiviti panjat memanjat nie best la kan pergi..kalau peminat tak tegar macam anis nie, rase takuttt pulak nampak tinggi2 nie..hahah..

Ini lah antara tempat menarik yang sempat anis kongsikan.. lain tempat lain keistimewaan dia.. anis sertakan sekali nombor dan alamat supaya senang nak jejak kan..hihi..sekarang kan zaman waze semua tu.. PART 1 dah settle..nantikan pulak PART 2 ye..tempat makan2 yang best dekat REMBAU..tungguuuu!!! ^__^



You Might Also Like

38 Pengulasan

  1. TQ for sharing.. rembau ooohhh rembau.. kerbau ada? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rembau memng terkenal dengan daging kobau ka?

      Delete
    2. Kerbau ade.. Hihi.. Arz klau nak tau, kerbau nie mcm dh jadi simbol kepada adat negeri sembilan taw.. Cer tengok seni bina rumahnya.. Kann ade mcm tanduk kobau.. Hihi

      Delete
    3. perghh baru tau...tapi sekarang susah nak tengok kerbau...nak kena ke rembau lah camni

      Delete
  2. rembau most wanted...
    nak gulai daging kerbau salai plzzzz

    nnt nak naik Gunung Datuk tu...macam best

    ReplyDelete
    Replies
    1. daging kebau memang sedap ka?

      Delete
    2. Bonde mai sini kite jjcm.. Hihi.. Arz mungkin sedap.. Anis xmkn sangat daging kobau.. Hihi

      Delete
    3. mahal ke tak daging kerbau

      Delete
  3. kembali bukak buku sejarah darjah 5, part yg best bila berjaya daki bukit Datuk... akan pulang dgn gelaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu pcl. untung siapa yang dapat daki

      Delete
    2. Yezza...gelaran tu sesuai utk sis JM aRz..kerana telah berjaya mendaki Gunung Datuk tu

      Delete
    3. Tak sangka sis JM dah dapat 'datuk'

      Delete
  4. bila lah agaknyaa den nak sampai kek rembauu tuu. bakal encik suami bukan orang sana lah pulak.opssssss. hahahaha :P

    ReplyDelete
  5. Thanks share all these sebab akak pun xprnh sampai sana. Pernah pi Rembau rumah kenduri n kursus je.

    ReplyDelete
  6. jom anis jomm, kita daki gunung datuk tu :D tak pernah sampai lagi. anis gayat ea kalau ada kat tempat tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau ade geng.. Anis nak jugak cube.. Huhu.. Gayat sebenarnye tp cover la.. Malu klau org tau.. Hahha

      Delete
  7. best juga aktiviti memanjat ni

    ReplyDelete
  8. menarik... suka tgk seni bina rumah kat area negeri sembilan.. unik..

    ReplyDelete
  9. banyak juga tempat menarik di rembau tu kan anizz..kak wana tertarik dengan rembau crystal dan replika istana tu..

    ReplyDelete
  10. seigt sy, sy cuma pernah sekali je dtg ke rembau ni tu pun sbb org yg ajak. pastu x penah dtg lg... ;-)

    ReplyDelete
  11. Paling kak ana teruja dengan N9 ni ialah warisan senibina dan adat resamnya, paling kak ana suka kat Rembau ni ialah Lagu Waris: Rembau Most Wanted Yoo huhu :) nice sharing Anizz ..

    ReplyDelete
  12. si Arz tu tanya mesti beliau nk bercuti ke Rembau on CNY ni kan..tul tak aRz

    ReplyDelete
  13. Gunung DATUK!!!! teringat kembali kisah sis JM mendaki Gunung Datuk tu..mcm tak percaya boleh daki sampai ke puncak...

    ReplyDelete
  14. Byk juga tmpt mnarik erkk d cna, rugi klau x pergi jelajah tu anis

    ReplyDelete
  15. selama ni tak pernah tau pun..rupanya Malaysia banyak lagi tempat menarik

    ReplyDelete
  16. akak tak pernah sampai rombau.. kalo NS memang seremban PD and nilai ehehe..
    insyallah one day.. makanan apa sedap ? hehee boleh request buat entry makanan terboik kat rembau plak =D

    ReplyDelete
  17. tq for the info kakniz. nnti cuti2 boleh la aina prgi tempat2 tu

    ReplyDelete
  18. Banyaknya info... Nanti nak melawat rembau lah... Kek Niz jadi tourist guide taw..

    ReplyDelete
  19. Assalam anizz sy akn ke rembau dikampung batu nunggul dlm waze dgn google xde info kampung ni ada majlis kawin rakan pd ahad 27hb 11 2016 so bsok la sy cri tmpt mnarik dirembau tgk blog aw..dan trima ksih atas info yg dberi walau xbnyak tp bole mbantu sya nt..klu ad tmpt makan yg best2 bole lh share nga sya..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.. Allah.. Maaf sgt sy baru baca komen ni.. Mntak maaf klau ade info yg samar2.. Terima kasih sudi baca blog sy.. Nnti sy akan share tempat makam best di rembau ye..

      Delete
  20. Assalamualaikum.. saya amat berminat untuk membuat kajian berkaitan adat istiadat di rembau.. di mana ye tempat atau kampung dirembau yang sesuai..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. boleh ke kampung batu hampar, rembau dan kampung tu hampir dengan pekan rembau..boleh tanya penduduk kampung di situ.. sis boleh cari ketua kampung dia ye.. harap info ini dapat membantu sis :)

      Delete
  21. Terima kasih atas perkongsian menarik ini.

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook