anizz sakura

Mangsa Nahas Helikopter Di Semenyih Telah Dikenalpasti

Sunday, April 05, 2015

Assalamualaikum...

terkejut dengar berita ni semalam.. sesungguhnya.. kita hanya merancang, Allah juga yang menentukannya.. semua sudah tersurat.. al-fatihah..

Mangsa Nahas Helikopter Dikenalpasti



KUALA LUMPUR, 5 April -- Jasad Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan
Datuk Azlin Alias yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih semalam telah dikenal pasti.
Menurut Pejabat Akhbar Perdana Menteri dalam catatan terkini di laman Twitter pada 7.47 pagi ini, jenazah kedua-dua mereka akan dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk urusan pengebumian pagi ini. Ini adalah kali pertama berita mengenai kematian mereka disahkan secara rasmi.
Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin, yang merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Allahyarham Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bersama empat lagi dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB), yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang sabtu.
Empat lagi mangsa di dalam helikopter itu ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Tan Sri Dr Jamaluddin, Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang. Kesemua mayat, yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam beberapa jam selepas insiden itu, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan pengecaman identiti.
Sumber : BERNAMA



P/s : Salam takziah untuk keluarga mangsa.. semoga tabah... dan pada rakyat Malaysia yang prihatin..pleasee jaga sensitiviti sikit.. jangan komen hentam2.. fikirkanlah kalau semua ni terjadi pada salah seorang ahli keluarga kita.. anda renung2kanlah.. salam hujung minggu..

You Might Also Like

16 Pengulasan

  1. alfatihah kpd mangsa Islam dan salam takziah kpd semua.keluarga yg terlibat dlm nahas.
    Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin,..bekas menteri di Jabatan pcl kerja.

    ReplyDelete
  2. Dari DIA kita datang, kepada DIA jua kita kembali........ :(

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah...kita pun x tahu ajal kita di mana dan bila..so marilah kita sentiada bersedia dan berdoa akan di matikan dalam keadaan yg baik amin

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah kpd mangsa berugama islam dan takziah untuk keluarga mangsa

    ReplyDelete
  5. Innalillah.... setuju dengan anizz, jgn hentam2, cuba fikir kalau berlaku tuh pada femli kita sendiri, apa perasaan kita kan... semua ni berlaku, dah memang ketentuan Allah, bila sampai masanya, takkan dilambat ataupun dicepatkan walaupun sesaat... wallahualam

    ReplyDelete
  6. semoga ditempatkan bersama mereka yang dirahmati..

    ReplyDelete
  7. Innalillah... semuanya atas perancangan Allah...

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook