Assalamualaikum..
dah beberapa minggu cerita ni keluar di tv3.. masa mula-mula tengok cerita ni macam tak best langsung... tapi lama-lama macam best pulak kan.. suka tengok heroin..jenis selamber je kalau berlakon lepas tu bahasakan diri dengan perkataan "kita".. comel sangat..hihi..
cerita dia agak unik tapi maintain la pasal cinta tu semua..drama melayu kan.. so meh la kita baca sinopsis cerita ni.. ehemmm, hero dia pun anis like like sejuta kali..comel jugakk.. ^__^
Puteri Bukan Nama Sebenar Episod
Laila, seorang ibu tunggal dengan anaknya, Adam yang baru berusia tiga bulan terpaksa meninggalkan rumah kerana terancam dengan sikap bekas suami yang kuat berjudi dan sering berhutang. Laila telah berkenalan dengan Puteri (Effi Abdul Rahim) yang seiras dengannya.
Puteri yang sedang sarat mengandung mahu bertemu dengan keluarga suaminya di Kuala Lumpur. Puteri berkahwin dengan Mikail (Hafeez Mikail) secara rahsia kerana keluarga Mikail sudah ada calon pilihan mereka iaitu Alisha (Faralyna Idris), anak hartawan yang bijak tetapi pendengki.
Mikail yang bertugas sebagai wartawan dan juga jurufoto untuk agensi berita telah dihantar ke Gaza semasa usia kandungan Puteri 7 bulan. Sebelum bertolak ke Gaza, Mikail berpesan kepada Puteri agar mencari keluarganya di Kuala Lumpur jika apa-apa berlaku kepadanya. Suatu hari, Puteri menerima berita buruk dari agensi berita yang Mikail telah terkorban dalam satu letupan di Gaza. Jadi, Puteri telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk mencari keluarga Mikail.
Malangnya, bas ekspres yang dinaiki Laila dan Puteri terlibat dalam kemalangan. Puteri dan kandungannya terkorban. Laila telah membuka beg tangan Puteri untuk mencari maklumat keluarga mertua Puteri tetapi cuma ada alamat rumah. Laila membawa Adam untuk mencari keluarga mertua Puteri di Kuala Lumpur.
Laila dianggap sebagai Puteri selepas ibu Mikail, Puan Zarina (Aida Khalida) melihat cincin dan rantai yang dibawa oleh Laila. Laila cuba berterus-terang tetapi dia tidak sampai hati untuk mengecewakan hati Zarina yang kehilangan 3 orang dalam keluarganya apabila melihat kegembiraan Zarina. Laila membuat keputusan untuk terus jadi ‘Puteri’ dan akan mencari masa yang sesuai untuk menceritakan hal sebenar.
Mirza (Syarul Ridzwan), abang kepada Mikail, ialah seorang yang kacak tetapi ego. Mirza menganggap ‘Puteri’ sebagai pisau cukur dan tidak menyukai ‘Puteri’. Malahan, Mirza juga mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘Puteri’ yang berasal dari Johor tetapi bercakap dalam loghat Pahang.
Lama-kelamaan, Mirza dan “Puteri’ mula serasi dan menjadi rapat. Sebelum Mirza mengungkap cintanya kepada Puteri, mereka sekeluarga dikejutkan dengan berita bahawa Mikail masih hidup dan akan pulang ke tanah air. ‘Puteri’ menjadi serba salah kerana dia bukan Puteri yang sebenar. Malah, ‘Puteri’ juga telah jatuh cinta dengan Mirza. Apabila rahsia ‘Puteri’ terbongkar, masihkah ada cinta dan kebahagiaan untuk dia?
sumber : kepalabergetar2u.blogspot.com/2015/03/puteri-bukan-nama-sebenar-zehra-tv3-2015.html
Boleh tonton secara online di SINI klik ye.. :D
15 Pengulasan
Singgah pagi...
ReplyDeletehihi..x tgk pun cter nie..
tgk skali je..tapi x kena ngan jiwa kot..hihihi :)
ooo gitu ceritanya.. mmg tak minat pun cerita ni..hehe.. tgk awal2 episod satu tu ja.. pastu dah tak tgk..
ReplyDeletemacam best..hehe
ReplyDeletesuka cita ni. Sbb cristina org jb..kekeke
ReplyDeletealaaaa...anizz dah citer sampai abis... potongggg aarrrr mood nak tgk citer nih... cancel lahh... :p
ReplyDeletedrama hati perempuan la best..hehe..cite ni dah pernah ada dulu kan
ReplyDeleteLama tak layan drama tv
ReplyDeletehari2 tgk iklan..xtau citer pasal apa...
ReplyDeletepabila rahsia ‘Puteri’ terbongkar, masihkah ada cinta dan kebahagiaan untuk dia?
menarikk
semua pakat dok update pasai citer ni hahaha best sgt kot
ReplyDeleteaummmm.. aumm... mcm best je...
ReplyDeletenanti layan (:
Selalu tengok iklan je, satu episod pun tak dan tengok lagi :)
ReplyDeleteHERO tu mcm pernah tgk..oh ye smlm tertgk HATI PEREMPUAN..tapi sekejap je terus tukar siaran...asyik tengku2 je
ReplyDeletealamak, saya x layan sangat la movie melayu... kalau kawan tengok, baru saya tengok sekali hehehe
ReplyDeleteSama macam anis, mula2 xtengok, dah nak last2 nie baru tgk. Sian pulak kat heroin dalam cite nie.
ReplyDeletelama dh xlayan drama melayu. setiap kli nk tgk setiap kali tu malas. hukhuk
ReplyDelete