anizz sakura

Slot Lestary : Lari Mira

Thursday, September 10, 2015

Assalamualaikum..

cerita terbaru yang menggantikan mak cun.. nampak macam best... suasana di Acheh..gaya hidup di Acheh.. anis baru tengok semalam.. not bad.. kena tengok next next episod baru faham jalan cerita.. anis tengok ada cerita mengenai Tsunami 2004.. jom tengok sinopsis dia..

Slot Lestary : Lari Mira



sinopsis lari mira, tsunami 2004, slot lestary, nina iskandar,




Sinopsis Lari Mira

Lari Mira mengisahkan tentang Mira yang mengimpikan sebuah majlis perkahwinan dalam taman namun mendapat bantahan dari ibunya yang mahukan perkahwinan Mira mengikut tradisi Acheh. Tanpa persetujuan dari Mira, ibunya membuat perancangan untuk mereka sekeluarga ke Acheh.
Tindakan ibunya itu membuatkan Mira marah dan merajuk. Dalam masa yang sama wujud perselisihan faham antara Mira dan tunangnya yang didapati masih berhubung dengan bekas kekasih. Biarpun merajuk dengan ibunya, Mira tetap bertolak ke Banda Acheh tanpa mendapatkan penjelasan sebenar dari tunangnya, Yusof.
Namun persiapan perkahwinan di Acheh yang menjadi impiannya bertukar tragedi bila tiba-tiba tsunami melanda. Selepas sedar dari tragedi tersebut, Mira mendapati dirinya berada di bawah timbunan runtuhan. Di sekelilingnya terdapat mayat-mayat dan dipenuhi lumpur.
Selepas menyelamatkan diri sendiri, Mira berusaha untuk mencari ahli keluarganya yang hilang. Ketika berada dalam keadaan tidak tentu arah, seorang lelaki berpakaian baju seragam penyelamat datang mendapatkannya. Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Rio dan membawanya ke satu tempat untuk mendapatkan rawatan.
Mira dibawa jauh dari Banda Acheh menaiki van. Dalam van tersebut, Mira berkenalan dengan Muthia.
Dalam masa yang sama, Yusof nekad ke Acheh untuk mencari Mira biarpun mendapat halangan dari keluarganya. Di Acheh dia berkenalan dengan Dr Zuli dan menawarkan untuk menjadi sukarelawan di pusat rawatan sementara untuk memudahkannya mencari maklumat tentang Mira.
Hendak dijadikan cerita, Muthia terdengar perbualan antara Rio dan seseorang individu yang lain tentang perancangan untuk menjual remaja dan kanak-kanak yang ditemuinya. Muthia mengajak Mira untuk melarikan diri.
Apa akan terjadi kepada Mira? Berjayakah Mira menyelamatkan dirinya bersama Muthia? Siapa pula lelaki bernama Adi yang ditemuinya? Dapatkah Mira bertemu semula dengan Yusof dan kembali ke tanah air?
Semua persoalan itu akan terjawab dalam Drama Lari Mira bermula 9 September jam 9:00 malam setiap Rabu dan Khamis hanya di slot Lestary TV3.

sumber : www.notainfo.com/2015/09/sinopsis-drama-lari-mira/

You Might Also Like

8 Pengulasan

  1. sama entri kita malam ni aniss, best kak ana pun terjebak nak follow siri ni :)

    ReplyDelete
  2. jom join ga ni,,,rm200 menanti anda!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
  3. akak ada tgok bab pertama citer ni tapi tak tgok sambungan...best erk?

    ReplyDelete
  4. lama x tengok tv3 punya drama ngan telemovie... byak cite best rupanya

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook