anizz sakura

Adik Firdaus Remaja OKU Meninggal Dunia

Wednesday, October 14, 2015

Assalamualaikum..

setahun lalu kita dikejutkan dengan penemuan remaja yang ditinggalkan dalam sebuah rumah yang kotor dan gelap.. dijumpai dalam keadaan yang menyedihkan.. dan hari ini.. kita dikhabarkan yang adik Firdaus dah meninggal dunia.. punca kejadian masih dalam siasatan.. mari sama sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk adik Firdaus semoga rohnya dicucuri rahmat...

Remaja OKU, Muhammad Firdaus meninggal dunia



SEREMBAN - Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai, 21 Jun tahun lepas, disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), tengah hari tadi
   
Pengarah HTJ, Dr. Ariffin Mohamad berkata remaja itu meninggal dunia pada pukul 1.15 petang dipercayai akibat diserang sawan ketika makan tengah hari di Rumah Sinar Harapan, Tunku Ampuan Najihah dekat sini.
   
"Ambulans tiba pada pukul 12.35 tengah hari dan resuscitation (pernafasan mulut ke mulut) dimulakan dalam perjalanan ke HTJ.
   
"Punca sebenar kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan esok," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan Mohamad Hapil berkata ibu Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi menyerahkan kepada pihaknya untuk menguruskan pengebumian anaknya.

"Kami akan menguruskan jenazah dan pengebumiannya selepas bedah siasat dilakukan dan tempat pengebumian masih dalam perbincangan lagi," katanya.
   
Beliau berkata, ketika rondaan dilakukan oleh pengetua Rumah Sinar Harapan, Muhammad Firdaus dalam keadaan sihat
   
"Ketika sedang makan tengah hari bersama-sama rakan-rakanya, arwah diserang sawan dan pihak kami terus memanggil ambulans.
   
"Mengikut rekod, Muhammad Firdaus dimasukkan ke Rumah Sinar Harapan pada 21 Ogos tahun lepas dan berat terkini arwah ialah 27 kilogram," katanya.
   
Sementara itu, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Norhayati Omar berkata kos pengurusan pengebumian Muhammad Firdaus akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Saya telah maklumkan perkara ini kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
   
"Saya ucapkan takziah kepada keluarga arwah dan terima kasih kepada pihak Rumah Sinar Harapan yang menjaganya dengan baik selama ini dan kita sememangnya terasa kehilangan adik istimewa ini," katanya.  - Bernama


sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/remaja-oku-muhammad-firdaus-meninggal-dunia-1.440251

You Might Also Like

4 Pengulasan

  1. I Innalillahi wa inna ilaihi raji’un:
    Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ

    ReplyDelete
  2. Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ

    Semoga adik Muhammad Firdaus ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...
    aminnn...

    Al Fatihah buat adik Muhammad Firdaus....

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook