Anak Tiri Siti Nurhaliza Berjaya Bina Empayar Di Usia Muda | Kita selalu dengar kisah kejayaan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Kisah beliau memang boleh dijadikan sebagai inspirasi bila mana, seorang gadis kampung yang dulunya membantu ibu berjualan kuih kini berjaya menjadi seorang wanita hebat dalam dunia kerjaya pilihannya.
Selain mempunyai suara yang sedap didengar, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berjaya menjadi ikon dalam dunia perniagaan yang diceburinya.
Meskipun dulu pernah dikritik oleh segolongan netizen saat ingin berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, namun wanita yang bernama Siti Nurhaliza ini tidak gentar untuk berhadapan dengan apa yang mendatang.
Soal jodoh terletak ditangan tuan empunya diri dan itu telah dibuktikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri. Lambat laun orang berhenti bercakap dan itulah apa yang berlaku.
Berkat sokongan peminat setia beliau, selangkah demi selangkah kejayaan berjaya ditempuhnya. Tak hanya sukses sebagai seorang wanita berkerjaya, beliau juga turut dapat menjaga ikatan ukhuwah yang baik dengan anak menantu dan cucu-cucu tirinya. Anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bernama Asyraf turut memainkan peranan di dalam perniagaan SimplySiti suatu ketika dulu.
Anak Tiri Siti Nurhaliza Berjaya Bina Empayar Di Usia Muda
Muhammad Asyraf Khalid merupakan anak kandung kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hasil perkahwinan dengan isteri terdahulu.
Asyraf lahir pada 31 Mei 1992 dan beliau adalah seorang usahawan Malaysia dan merupakan Pengasas & CEO syarikat A Klasse Essentials Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan barangan keluaran artis seperti Mutyara, Jiwaku Kids & juga Kilafit. Beliau juga merupakan Bekas Pengarah & CEO di syarikat kosmetik halal Malaysia SimplySiti.
Jenama Mutyara ditubuhkan pada tahun 2018 bersama isteri beliau, Tya Arifin. Tya merupakan salah seorang pelakon terkenal di Indonesia. Jenama Mutyara mengeluarkan produk Jus kesihatan yang diberi nama Gugusan Sumatra. Resipi Jus tersebut berasal dari keluarga Tya sendiri dari Indonesia.
Jus Kesihatan Mutyara juga turut di kenali sebagai Jamu Mutyara di kalangan pengguna Mutyara.
Pada Ogos 2018 pula, syarikat A Klasse Essentials Shd Bhd mengeluarkan jenama produk minuman campuran kanak-kanak, Jiwaku Kids, yang menggunakan anak beliau, Arif Jiwa & Azzahra Jiwa sebagai Duta.
Arif Jiwa juga pernah memenangi Anugerah MeleTOP Era & Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2018. Jenama Kilafit pula ditubuhkan pada tahun Disember 2019 bersama rakan kongsi beliau, Tuan Hamiz Shah.
Jenama Kilafit juga bekerjasama dengan artis terkenal di Malaysia Kilafairy untuk mengeluarkan produk kesihatan yang membantu wanita untuk mengurangkan berat badan.
Syarikat Kilafit PLT adalah di uruskan oleh Tuan Hamiz Shah sepenuhnya & Tuan Asyraf pula sebagai pemegang saham & lembaga pengarah. Beliau juga merupakan Presiden Generasi Bersatu Malaysia , sebuah NGO yang membantu dalam peningkatan modal insan melalui program seperti 'The Story'.
Dulu Nakal Sekarang Berjaya Buktikan Kejayaan Dalam Masa 3 Tahun
Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.
Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu.
Masukkan konten posting di bawah ke dalam artikel guna kaedah embed code:
https://www.instagram.com/tv/CaTHGtKBqiu/?utm_medium=copy_link
"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.
"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.
Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya. Tambah Asyraf, beliau faham perjalanannya masih jauh namun beliau sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.
"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.
Asyraf Jadikan Dr Azizan Osman Sebagai Mentor Penunjuk Jalan
Berbanding dengan mentor-mentor lain yang ada di luar sana, Asyraf melihat Dr Azizan Osman sebagai mentor yang terbaik buat dirinya. Dr Azizan Osman bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah turut menekankan aspek kehidupan peribadi yang perlu lebih dekat dengan Allah SWT.
Sebagaimana menjaga perhubungan sesama manusia maka itulah juga yang perlu dilakukan dengan Allah SWT. Nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan Asyraf ingin menjadi lebih baik lagi dari hari ke hari.
"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.
Masukkan konten posting di bawah ke dalam artikel guna kaedah embed code:
https://t.me/AzizanOsmanOfficial/14864
Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan.
“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.
“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.
“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.
Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.
“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.
Nak tahu tentang kelas bimbingan usahawan RichWorks? Nak belajar dari RichWorks bagaimana untuk mengembangkan perniagaan? Boleh hubungi RichWorks untuk info lanjut yang berkaitan.
Layari www.richworks.com
Jom sertai https://t.me/AzizanOsmanOfficial