Peniaga Perlu Waspada, Dunia Bisnes Makin Kritikal

Sunday, February 13, 2022

 Pelbagai musibah telah menimpa kita semua iaitu banjir, pandemik Covid19, krisis kewangan dan juga pasaran semakin jatuh. Pernah fikir tak adakah lebih banyak cabaran yang akan berlaku pada tahun hadapan? 


Para usahawan harus waspada, sebenarnya dunia bisnes benar-benar makin kritikal sekiranya anda tidak sedar akan beberapa perkara ini. Mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman berkongsi akan 10 perspektif cabaran bisnes pada tahun 2022 di dalam live session saluran telegram Azizan Osman official.  


Perkongsian ini akan dilakukan pada jam 8 pagi, hari Ahad. Menurut Datuk Wira Dr Azizan Osman lagi, ketika ini pasaran bergerak perlahan di mana tidak ramai pelanggan dan orang membeli, maka ia menjadikan usahawan Malaysia agak terkesan.






Usahawan Perlu Bersedia Hadapi Cabaran 

Datuk Wira Dr Azizan Osman juga mengkaji antara sentimen pasaran kadar inflasi serta kenaikan harga barang yang telah di jangka malah perkara itu yang telah disebut sejak Ogos pada tahun yang lalu.


Rakyat perlu bersedia dengan kenaikan harga barang pada tahun hadapan. Tak salah lagi, makin hari makin menjadi-jadi. Ramai yang berkongsi di media sosial, harga barang itu ini naik. Kebanyakan barangan itu adalah barangan makanan, keperluan dan barang mentah. 


Contohnya adalah telur ayam, gula, ayam dan banyak lagi. Apapun barangan tersebut, kita semua sebagai rakyat tetap perlu bersedia. 






Bagaimana pula dengan usahawan yang berniaga di kedai makan? Jika harga barang naik, harga jualan juga perlu dinaikkan.



Peniaga harus waspada kerana ini adalah keadaan kritikal sekiranya peniaga tidak memikirkan dan sedar akan hal ini. Ia akan menjadikan usahawan Malaysia agak terkesan. Dikatakan juga kenaikan harga, inflasi ini adalah antara 30% sehingga 100%. 


Perkongsian Dari Datuk Wira Azizan Osman


Ujar Datuk Wira Dr Azizan Osman,


“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.


Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.


Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.


Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!”


Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.


Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”



Pandangan Peribadi Penulis



Biarpun organisasi berkembang tetapi tanpa matlamat yang jelas, sesebuah syarikat itu buntu akan apa yang perlu mereka lakukan. Syarikat besar juga amat berisiko pada waktu ini sekiranya tidak menyediakan rancangan sebaiknya. Penting untuk ada rancangan jangka masa panjang.


Sekiranya masalah peniaga tidak dapat diselesaikan, dikhuatiri perniagaan akan berhenti dan terpaksa tutup. Dalam proses menyediakan perancangan awal dan jangka masa panjang, usahawan perlu tahu cabaran usahawan yang bakal ditempuhi.





Datuk Wira juga mempunyai kumpulan usahawan yang dibimbing hebat, segala pengajaran dan bimbingan akan membantu usahawan untuk terus mengorak langkah dan tidak buat perkara yang salah. Itu kelebihan bagi usahawan yang bermentorkan Richworks. Apatah lagi, kumpulan Titanium itu sendiri dibimbing oleh Datuk Wira sendiri.


Jumpa Segera Dr Azizan Osman Akan Bongkar 10 Cabaran Usahawan 2022


dr azizan



Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsi mengenai 10 perspektif cabaran usahawan wajib tahu. Ia bertujuan supaya usahawan dapat buat persediaan secara keseluruhannya dengan lebih awal.

Perkongsian akan diadakan Live Session Telegram Dr Azizan Osman pada hari Ahad, jam 8 pagi. Jom masuk ke channel telegram Azizan Osman Official untuk dapatkan segala info.

You Might Also Like

0 Pengulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook