Assalamualaikum.. hye.. korang kenal dgn nme di atas.. n anis taw rmai yg dh knal..acctually, last week ade tgk video dye.. n honestly,,walaupun anis xkenal dgn beliau,,tp peribadi beliau,,sungguh diri ini rasa kerdil sgt.. walaupun msih muda tp semangat fisabilillah dye sgt utuh.. beliau telahpun meninggal dunia pada..banyak juga sumbangan dye pd agama islam..sungguh,,rse berbangga dengan beliau.. kenapa la stesen televisyen kat MALAYSIA nie x gempar gempak kan cerita beliau.. boleh menjadi teladan kepada semua remaja dan sesiapa sahaja.. ALLAHU.. mari la kite bace biodata beliau.. :)
BIODATA AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM
Beliau seorang rakyat Malaysia yang belajar di Turki. Beliau
berusia 20 tahun adalah seorang pelajar yang cemerlang SPM 2010 di Maktab
Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Ahmad Ammar seorang ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang aktif dan
bapanya Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman merupakan Presiden ABIM untuk tahun
1997-2005.
Di Turki, beliau sangat disenangi dan dihormati orang ramai
kerana di usia yang muda, beliau banyak berjasa kepada masyarakat dan juga
dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Beliau juga banyak mengikuti
pelbagai misi kemanusiaan seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar Bin
Ahmad Azam juga sangat disenangi kerana mempunyai budi pekerti yang baik,
rajin, berdisiplin dan beliau juga dihormati rajin berdakwah untuk perjuangan
Islam.
Beliau sangat dihormati di Turki, Allahyarham Ahmad Ammar
disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul dan disemadikan di Perkuburan Eyub
Sultan menghadap Laut Golden Horn di mana tanah perkuburan ini menempatkan
lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang
kenamaan di sana.
#AL-FATIHAH.. mulianya saudara kita ini.. setiap kali teringatkan beliau,, sebak rasa hati ini.. semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman..aminn..
VIDEO KHAS :
sungguh bangga aku dengan semangat mu wahai ahmad ammar.. moga identiti mu sebagai umat islam yg berani dan semangat waja ini diingati selamanya.. semoga bersama dgn para2 shuhada.. ALLAHUAKBAR!!!!
2 Pengulasan
alhamdulillah...
ReplyDeletemoga kita dapat ikot jejak langkah beliau...
al-Fatihah...
aminn.. beliau contoh terbaik anak muda akhir zaman ini..:)
Delete