info islam

AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM yang dimuliakan di Turki???

Friday, November 29, 2013

Assalamualaikum.. hye.. korang kenal dgn nme di atas.. n anis taw rmai yg dh knal..acctually, last week ade tgk video dye.. n honestly,,walaupun anis xkenal dgn beliau,,tp peribadi beliau,,sungguh diri ini rasa kerdil sgt.. walaupun msih muda tp semangat fisabilillah dye sgt utuh.. beliau telahpun meninggal dunia pada..banyak juga sumbangan dye pd agama islam..sungguh,,rse berbangga dengan beliau.. kenapa la stesen televisyen kat MALAYSIA nie x gempar gempak kan cerita beliau.. boleh menjadi teladan kepada semua remaja dan sesiapa sahaja.. ALLAHU.. mari la kite bace biodata beliau.. :)




BIODATA AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM


Beliau seorang rakyat Malaysia yang belajar di Turki. Beliau berusia 20 tahun adalah seorang pelajar yang cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. Ahmad Ammar seorang ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang aktif dan bapanya Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman merupakan Presiden ABIM untuk tahun 1997-2005.


Di Turki, beliau sangat disenangi dan dihormati orang ramai kerana di usia yang muda, beliau banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Beliau juga banyak mengikuti pelbagai misi kemanusiaan seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam juga sangat disenangi kerana mempunyai budi pekerti yang baik, rajin, berdisiplin dan beliau juga dihormati rajin berdakwah untuk perjuangan Islam.

Beliau sangat dihormati di Turki, Allahyarham Ahmad Ammar disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul dan disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn di mana tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. 

#AL-FATIHAH.. mulianya saudara kita ini.. setiap kali teringatkan beliau,, sebak rasa hati ini.. semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman..aminn..

VIDEO KHAS :



sungguh bangga aku dengan semangat mu wahai ahmad ammar.. moga identiti mu sebagai umat islam yg berani dan semangat waja ini diingati selamanya.. semoga bersama dgn para2 shuhada.. ALLAHUAKBAR!!!!

You Might Also Like

2 Pengulasan

  1. alhamdulillah...
    moga kita dapat ikot jejak langkah beliau...
    al-Fatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn.. beliau contoh terbaik anak muda akhir zaman ini..:)

      Delete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook