anizz sakura

#MyTravelokaEscapade : Percutian Santai Di Korea Selatan

Tuesday, December 13, 2016

semua ada keinginan masing-masing untuk bercuti kan? begitu jugak anis.. dari kecil lagi teringin sangattt laa nak pi korea sana tuu...almaklumlahh peminat drama korea la katakan..hihi... jangan kecam hakak keyhh.. survey banyak dah applikasi mudah atau laman web yang murah-murah untuk travel ni..yelahh kenalahh pilih yang cepat dan mudah urusan.. terjumpalah traveloka..

Apa itu Traveloka?

Traveloka ialah satu aplikasi perancang percutian yang paling cekap, pantas dan hebat di Malaysia kerana kita boleh menempah hotel dan tiket penerbangan sekaligus..best kan? lagi best? boleh pergi dekat laman web traveloka www.traveloka.com.my untuk tempahan.. dan jangan lupa gunakan hastag #MyTravelokaEscapade untuk mudahkan lagi urusan perancangan percutian anda...

korea, bercuti, holiday


Tempat Best Di South Korea?


1. Gyeongbokgung

Gyeongbokgung merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Kedudukannya sangat strategik kerana dilindungi oleh Gunung ganang di utara dan Sungai Han di selatan.  istana ini dibina pada tahun 1395 selepas masihi. syok tu dapat jalan-jalan macam ala ala drama korea tu..hihi.. tak sabar nak tengok istana yang besar tu..kagum...



2. Insadong

Tempat paling sesuai untuk cari cenderamata untuk kawan-kawan dan family. terdapat pelbagai jenis cenderamata yang cantik-cantik..dan kalau pandai, dapat harga rendah bila tawar menawar kan... kalau bernasib baik lagi, haa dapatlah tengok persembahan kebudayaan negara diorang..ishhhh bestnyaaaaa... berangan dah ni..hihi..



3. Cheonggyechon Stream

anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul, namun kebersihannya terjaga dan keindahan terpelihara. Pada tahun 1970, anak sungai ini pernah hilang dari bumi Seoul akibat kekurangan punca air dari gunung dan pembangunan pesat di tebing sungai. Pada tahun 2005, kerajaan Korea selatan Telah memulakan usaha memulihara sungai ini. Yang menariknya, punca air sungai ini diperolehi dari mata air bawah tanah. kalau malam lagi cantik..banyak lampu cantik2..tengah kesibukan ada sungai yang menenangkan..syokkkkk....



4. Banpo Moonlight Rainbow Bridge

merupakan jambatan yang besar ( 2 tingkat) dan panjang dan dihiasi dengan air air pancut yang berwarna warni. Air pancut tu Juga Boleh Menari. dua cara nakl tengok ialah dengan menaiki subway atau bot.. lagi bestt naik bot kan.. baru romantik gitu.. kena air sampai basah pun redha sebab nak rasai lalu bawah air pancut tu.. dengan berirama lagi air tu..alahaiii..tak habis berangan lagi ni..



5. Nami Island

siapa je tak tahu kan? tempat drama winter sonata..alaa yang romantik tu..berangan nak jalan-jalan dekat pokok yang berderet tu..tak kiralah pergi musim apa pun, tetap cantik dan sedap mata memandang.. alahaii demam korea datang lagii... lagi best dapat pergi dengan yang tersayang..ehhhh..hihi..

 
ni lah antara tempat yang anis nak pergi... sebenarnyaa kalau boleh nak tawaf satu korea tu..banyak lagi tempat yang bermain di fikiran..tapi kita dahulukan mana yang penting dulu..hihi.. belum lagi nak cuba makanan-makanan korea yang viral tu.. ada jjameyon,bulgogi,kimchi,buldak,kek ikan,macam-macam lahh..aduhh bestnyaa dapat bercuti dekat korea ni dengan traveloka... impian bakal menjadi kenyataan..hanya dengan traveloka.. cepat,mudah dan urusan yang sangat senang.. diingatkan jangan lupa gunakan hastag #MyTravelokaEscapade tawww... book percutian anda sekarang di Traveloka sekarang....


psssttt, traveloka ada buat contest jugak taw.. kalau menang dapat voucher percutian rm6000 taww.. boleh jengah website traveloka okayy...

You Might Also Like

18 Pengulasan

  1. Bagus juga travel ke korea guna servis travelooka ni

    ReplyDelete
  2. bestnye..teringin nak g sane gak...

    ReplyDelete
  3. bestnya.. harap dapat ke korea one day.

    done follow, follower ke 674.
    jemput singgah http://cikmijah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. goodluck kak anis. ainaa mls lagi nk bt entry traveloka padahal nk sgt2 gi jepun. free2 lagi lah nak ;)

    ReplyDelete
  5. Bestnya kalau dpt pergi.. dpt tgk tempt org....

    ReplyDelete
  6. Samalah kita choose Korea ;-)

    Tapi... keputusannya mengeciwakan huhuhuhu....

    ReplyDelete
  7. nami island yg paling kak ummul nak pergi.hihi

    ReplyDelete
  8. Korea my dream... kalau dapat pergi rasa sebulan pun x cukup apa... aduh.. syok kalau dpt

    ReplyDelete
  9. lepas ni nak bercuti boleh tengok di traveloka dulu la yer

    ReplyDelete
  10. Termimpi-mimpi winter sonata bila teringat korea

    ReplyDelete
  11. bestnya...salah satu tempat idaman hana gak ni... insyaallah satu hari hana nk gak smpai Korea...

    jom tgk blog hana pulak http://healthandlovekids.blogspot.my/

    ReplyDelete
  12. Memang menarik. Nak bercuti selepas ini boleh rujuk traveloka

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook