anizz sakura

Jeans Yang Trendy Bagi Muslimah

Monday, February 13, 2017

 Assalamualaikum.. kadang kadang pening nak pilih baju ke seluar ke.. rambang mata dibuatnya.. tak kira la beli secara walk in atau secara online.. anis jenis yang agak susah nak keluar jalan lama lama untuk tengok satu satu kedai tu.. tak selalu la dapat pergi "window shopping" ni.. so rupanya ada gedung online yang mudah dan penghantaran pun cepat.. siap cash on delivery lagiii... senang la nak cari jeans online lepas ni.. anis memang tengah cari seluar jeans..

Topik hari ini, kita mencari sumber inspirasi untuk cara menggayakan jeans bagi para Muslimah. Ramai yang ingat jeans tidak sesuai digayakan oleh Muslimah kerana ia terlalu ketat. Yang jeans ketat itu namanya skinny jeans jadi kalau anda Muslimah yang masih mahu tampil bergaya dengan jeans, elakkan dari membeli jeans jenis skinny. Sekarang banyak jeans online dan mudah dibeli tapi nak gunakan jeans mana satu untuk gaya trendy Muslimah? Mari kita tengok!

1. Flare Jeans



Okay jeans pertama yang sesuai untuk Muslimah ialah Flare Jeans. Muatan jeans ini tidak ketat dan sangat in trend. Para Muslimah boleh padankan flare jeans bersama blaus labuh dan masih tampil feminin. Untuk gaya ini, anda memerlukan kasut jenis heels. Kalau takut nak pakai heels sebab tak pandai, beli heels jenis wedges. Kasut wedges lebih senang digunakan jadi ini extra tip untuk anda.



2. Boyfriend Jeans
 


Stail seterusnya ialah Boyfriend Jeans. Ini merupakan satu lagi jenis jeans yang boleh dipakai oleh para Muslimah kerana potongan dan muat yang tidak ketat. Nama jeans ini boyfriend jeans keran ia direka mengikut potongan jeans lelaki cuma lebih kecil untuk para wanita. Jeans ini paling diminati Muslimah global kerana senang didapati online dan paling sesuai untuk digayakan secara harian.



3. Jumpsuit Jeans
 


Akhir sekali, jeans jenis jumpsuit. Mungkin ramai yang merasakan stail ini terlalu macam budak-budak tapi senang saja nak jadikan ia lebih anggun. Iaitu dengan memadankan jumpsuit jeans bersama sepasang tumit tinggi atau kasut boot. Semasa memilih jumpsuit, elakkan saja mana yang begelar “skinny”. Cari jumpsuit straight cut dan anda akan dapat menggayakan jeans jumpsuit dengan berjaya.

Mana satu jeans pilihan anda untuk gaya Muslimah?












You Might Also Like

24 Pengulasan

  1. Cik mijah tertarik tgk Boyfriend Jeans, macam nak trylah

    ReplyDelete
  2. kak ummul suka boyfriend jeans..

    ReplyDelete
  3. flare jeans best..tak ikut bentuk kaki :)

    ReplyDelete
  4. suka yang boyfriend jeans tu. nampak simple tapi menarik :D

    ReplyDelete
  5. flare jeans nampak lebih sesuai....

    ReplyDelete
  6. mak ai siap koyak koyak lagi jenas dia. hehhe

    ReplyDelete
  7. hehe selalu pakai beli jeee jenis mana2 yang selesa. baru la tahu nama2 diorang ni.

    Anyway, kita ada blogger award tag tawww, feel free to check it out :D

    Sunshine Blogger Award

    ReplyDelete
  8. elsa tak pernah try jumpsuit jeans. susah nak carik saiz sebab elsa gemuk pendek hukhukhuk

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html

    ReplyDelete
  9. yup cantik. Mmg sesuai utk muslimah :)

    ReplyDelete
  10. Huhuhu dah tak boleh pakai jeans skrg.. sdih...

    Akak dtg bw sini.. dari keluarga AFB.. Akak dah follow awk ye dik.. :)

    ReplyDelete
  11. Cantik juga ye kan kalau perempuan pakai jeans

    ReplyDelete
  12. yang penting sekali..jean yang kita pakai patuh hukum syariah

    ReplyDelete
  13. jumpsuit jenas tu mmg koyak ke? saje nak tau haha..

    ReplyDelete
  14. cantik style jeans-jeans ni ye :)

    ReplyDelete
  15. Teringin juga rasa nak try jumpsuit jeans.

    ReplyDelete
  16. First time dgr boyfriend jeans, brg org pompuan ni mmg mcm2 nama kn? 😅😅

    ReplyDelete
  17. Macam tau tau je Che Kaq tengah cari cari seluar jean muslimah. Tq Anizz for great posting.

    ReplyDelete
  18. Saya prefer pakai skirt labuh yang kembang. Hehehe..

    Eh salam perkenalan. blog saya, http://ourlovebonding.com ;)

    ReplyDelete
  19. waa yg flare jeans tu cntik..mcm nak try juga lah

    eh salam perkenalan.blog sy https://ummizarabeautyshop.blogspot.my

    ReplyDelete
  20. Flare jeans still cantik. Tapi kin lebih suka straight cut lelaki. Sebab tak nampak girly sgt. ahaha. boleh gitu?

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook