anizz sakura

Program Kembara Jom Jimat Elektrik

Monday, August 21, 2017

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

15 Pengulasan

  1. bagus ada program macam ni kan :D

    ReplyDelete
  2. Pertama kali dengar kem kembara jimat elektrik ni. Menarik. Tahniah cikgu

    ReplyDelete
  3. Pertama kali dengar kem kembara jimat elektrik ni. Menarik. Tahniah cikgu

    ReplyDelete
  4. Bagus program mcm ni diadakan

    ReplyDelete
  5. Yes, Program yang baik, mesti di buat setiap tahun kan,....

    ReplyDelete
  6. kak lina dah follow blog ni
    salam kenal www.linliena.com

    ReplyDelete
  7. Bagus sangat. Sebab kita kekurangan sumber pun sekarang. Kena buat keseluruh negara. Bukan setakat earth hour

    Jemput baca : https://shidotdotcom.blogspot.my/2017/10/langkah-cemas-bila-anak-makan-overdose.html?m=1

    ReplyDelete
  8. Elektrik sekarang ni taarif makin lama makin mahal.. bagus juga buat program mcm ni.. ada juga kesedaran yang blh diberikan dalam usaha nak jimatkan kos penggunaan elektrik

    salam kenal dari saya..

    ReplyDelete
  9. Tahniah... wakil selangor tu, tentu team ni hebat

    ReplyDelete
  10. wow bagusnya program macam ni! Keep it up :D

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook