anizz sakura

Sedangkan Haiwan Sayangkan Anaknya

Monday, April 21, 2014

Assalamualaikum semua.. ade yg monday blues ke? hehehe.. jangan monday blues.. jadikan monday yg cool oke.. maaf la entry anis hari minggu nie penuh dengan join giveaway rakan-rakan je..nak support kawan-kawan kan.. :) berbalik kepada tajuk entry ni.. anis terjumpa di fb oh! media.. menarik pulak nak share.. rasanya ramai dah tahu kan..



"Seekor harimau betina ini kehilangan anaknya kerana pra-matang. Tidak lama selepas tu, harimau betina ini menjadi tertekan dan kesihatannya merosot di mana kemudiannya disahkan menghidap kemurungan yang kronik di mana sel-sel otaknya tidak lagi dapat berhubung dengan baik.

Oleh kerana spesis ini agak terancam, pelbagai usaha dilakukan Zoologist untuk mengembalikan kesihatannya. Akhirnya, cara yang diputuskan adalah membalut anak babi dengan kain bercorak Harimau dan menyerahkan kepada ibu harimau tersebut.
Usaha tersebut tidak sia-sia kerana harimau betina ini kembali pulih dan menyanyangi anak babi tersebut sama seperti anaknya sendiri.

Begitulah dia sifat kasih sayang yang Allah kurniakan pada haiwan walaupun tiada akal fikiran sehebat manusia. Namun sedihnya hari ini bila ada manusia yang bersifat lebih buruk dari haiwan sanggup menggugurkan mahupun membuang anak sendiri."

haiwan pun tahu murung sebab kehilangan anaknya.. tapi isu buang bayi dalam kalangan manusia hari ni semakin berleluasa pula kan?? takde dah ke sifat kasih sayang sesama manusia lagi-lagi darah daging sendiri? tak kasihan ke dekat bayi yang baru lahir.. si comel yang mungkin nanti membesar dan menjadi pelindung kita di hari tua dan akan mendoakan kita apabila kita di alam SANA.. kadang-kadang rasa sedih, bila ada yang jumpa bayi dalam tandas, bayi digonggong anjing la.. lebih hebat lagi dibakar..hurmm..sedih sangat2.. ALLAH bagi kita akal untuk berfikir.. haiwan takde akal pun masih tahu sayangkan anak.. memang benar dunia akhir zaman, tapi fikir2kan lah.. setiap anak ade rezekinye.. 

p/s : terharu dan sedih tengok gambar ibu harimau ni.. :(

You Might Also Like

13 Pengulasan

  1. tu la..sekarang manusia pulak yg buat perangai bukan-bukan..teringat pulak pasal kucing kat umah saya yg sygkn sekor ank kucing ni mcm ank sdiri..bila ank kucing tu mati..dia pun jadi murung dan mati jugak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? mak kucing tu betul2 sygkan anak kucing tu kan walaupon bukan anak betul dye.. :(

      Delete
  2. terharunya baca kisah harimau ni :'(
    sayangnya dia kat anak dia...kasih ibu :')

    ReplyDelete
  3. monday tak blues...sebab busy gila hari ni... ha ha ha...
    tapi tulah memang betul, sedangkan haiwan pun tau sayangkan anak, inikan lagi kita manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak farah..kdg2 manusia nie xpernah nak hargai ape yg dia ade.. kasih sayang sesama manusia penting.. haiwan pun tahu berkasih sayang..

      Delete
  4. Patutlah nampak telinga lain! hehe... apa2 pun kesian kat harimau tu... Kak Nanie pun pernah kehilangan sorang anak... sangat memahami. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..betul2 telinga tutt tutt tu..heheh.. tu la kak nanie.. setiap org ade ujian masing2.. kak nanie kan iron lady..kak nanie kuat walaupun sedih kan..hehehe... peaceee.. ^__^

      Delete
  5. sedihnya, touching mama, binatang yang tidak dikurniakan akal tapi punyai perasaan kasih dan sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama.. manusia patut ambik kisah nie sbg teladan dalam hidup kita..

      Delete
  6. ala sebaknya rasa tengok gambar tu.anak2 babi tu pun elok je tidur..sian ..semoga cepat2 la pihak zoo cari anak rimau yang betul2 untuk gantikan anak babi tu..nanti babi tu dah besar cemana..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. nanti dh besa ntah cemane la kan.. kesian kat harimau tu.. :(

      Delete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook