anizz sakura

Tahun Kedua Menjadi Pendidik

Wednesday, May 17, 2017

Assalamualaikum.. alhamdulillah dapat kita bernafas hari ni.. semalam seluruh malaysia sambut Hari Guru kan? jujur anis cakap, dulu masa zaman sekolah pernah terfikir apa perasaan cikgu bila mengajar ye.. tengok cikgu-cikgu dekat sekolah mood diorang sama je bila dalam kelas.. bila jumpa diluar, karakter cikgu bertukar habis.. pernah nak bertanya sendiri pada cikgu-cikgu anis dulu tapi tu la..perasaan nervous tiba-tiba datang terus tak jadi tanya..hahahaha...



ucapan hari guru



Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, anis pula merasai sendiri menjadi seorang pendidik.. walaupun di tadika sahaja.. menjadi guru, mengajar kita erti kesabaran yang tinggi.. kali pertama anak-anak tadika gelar anis ni cikgu, allah rasa macam tak layak pulak..hihi..yela tak pernah impikan pun nak jadi guru kan.. angan-angan dan cita-cita masa kecil dulu ada laa..hihi.. jadi guru, mengajar kita cara nak kawal kemarahan kita... anak orang tu..kalau anak sendiri pun kita tak sanggup nak marah lama-lama.. didik diorang macam anak-anak sendiri..walaupun anis belum kawen lagi (nak mention jugak tuh) hahaha.. 

Nampak mudah jadi cikgu, sampai ada yang kata, mengajar je kat whiteboard,cukup masa balik.. haaa salah ye tanggapan tu ye awak-awak.. menjadi guru, kita kena mengajar erti kekuatan,kebijaksanaan,tunjukkan contoh yang baik.. dan pupuk anak-anak akhlak yang baik.. tak nampak perubahan banyak, sedikit-sedikit pun alhamdulillah.. bila hari guru ni, cukuplah diingati dan mendoakan yang baik-baik.. tiada hadiah pun takpe sebab hadiah paling berharga ialah doa.. 

Pernah dekat tadika anis mengajar, tiba-tiba datang anak umur 6 tahun dia kata "cikgu,hari ni saya dah doa dah,saya doa jadi anak soleh dengan doa supaya cikgu baik selalu". walaupun agak sentap ayat cikgu baik selalu tu sebab cikgu anis ni garang..hahahah... garang la sangattt kann..hihi.. budak-budak ni bila kita selalu pesan dan cakap berulang kali, inshaAllah diorang akan selalu ingat, siap pesan dengan mak ayah lagi.. ada satu kes lagi, mak ayah seorang budak ni mengadu kena marah dengan anak dia,sebabnya baca doa makan je bukan maksudnya sekali..adehhh tak tahu la nak gelak ke nak nangis anis dengar kisah ni..hihihi.. budak-budak ni ibarat kain putih, kita la yang mencorakkannya.. dan alhamdulillah masih memegang title cikgu untuk tahun ni..

Doa anis, semoga semua sentiasa dalam rahmat Allah swt.. sekian coretan hari ni sempena hari guru tahun ini... adiossss amigosss :)

You Might Also Like

3 Pengulasan

  1. Susah ohh aniz jadi guru tadika.
    AS tengok budak-budak tadika masa AS hantar anak, adoii.. Boleh buat darah mendidih huhuhu~
    Jemput baca SINI

    ReplyDelete
  2. Cikgu tadika pun layakkk... Selamat hari guru :-)

    ReplyDelete
  3. Cikgu tadika sgt mencabar dan perlu lebih kesabaran dalam mendidik...

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook