anizz sakura

Resepi : Ayam Ungkep Pedas

Monday, April 28, 2014


Assalamualaikum.. selamat pagi.. sejak akhir-akhir ni mood berblog rasa macam ke laut sikit la..sikit je.. ade banyak nak tulis..tapi last2 bukak blog pegi blogwalking je..hahahah.. anis tengok tadi ramai juga blogger2 lain yang mood ke laut nak berblog.. musim ke?hehehe.. 

oke la anis nak share satu lagi resepi.. anis sebenarnya tak pernah pun makan.. tapi since mak kawan anis bawa masa hari konvo hari tu..rasa sedap pulak kan.. so anis google la resepi.. terjumpa kat SINI resepinya.. so bookmark siap2 and then semalam baru cuba masak.. alhamdulillah menjadi jugak..hehehe..habis licin periuk belanga..sebab dekat rumah anis tak pernah masak lauk macam nie.. anis cuma lebihkan cili padi je dekat resepi nie sebab lidah negeri sembilan tak boleh kalau tak pedas..huhu..korang pun boleh cuba dekat resepi SINI ye.. senang dan mudah.. boleh jugak kalau tak nak masak dengan ayam, masak dengan daging pun oke.. :)





Bahan2 : 
Ayam/daging - dilumurkan dengan kunyit dan garam
2/3 batang serai yang dititik
3 cawan air 
minyak
sedikit air asam jawa (optional,tak letak pun tak pe.. anis tak letak sebab dah ada air)
garam dan perasa

Bahan2 kisar :
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3cm kunyit hidup
3cm halia
15 biji cili padi (anis letak lebih,ikut tahap kepedasan yang korang nak)

Cara-cara :
-Panaskan sedikit minyak.Tumiskan semua bahan kisar sehingga terbit minyak
-Masukkan serai yang dititik dan ayam yang dilumur dengan kunyit dan garam tadi.Gaul hingga ayam layu/berubah warna
-Tambahkan air,garam dan perasa
-Tutup rapat-rapat dan kacau sekali sekala untuk elakkan ayam tadi hancur atau hangus
-Bagi yang gemar kuah kering boleh masak lama sedikit sehingga kuah menjadi kering..(anis tak suka sangat kuah kering jadi anis biarkan berkuah sedikit)


haa nampak tak over minyak kat pinggan tu?hahah.. makan pulak dengan kerabu mangga..fuhh sodapnyeee... ^__^ kerabu mangga tak sempat snap dah habis telan masuk perut la pulak..hihi.. makan dengan nasi panas2 memang hingga menjilat jari taw.. ungkep nie bermaksud masak sesuatu yang ditutup.. bila korang tengok resepi, korang akan tahu sebab apa maksudnya macam tu.. so boleh la tukar2 selera dengan masakan jawa nie ye.. yang memang orang jawa, mesti tahu kan masak nie..hihi..

selamat mencuba ye.. ^__^

p/s : jom like page nie.. :) SINI

You Might Also Like

21 Pengulasan

  1. tak pernah lya rasa masakkan nie..mesti seedap kan anis

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap..kena follow resepi betul2..sebab rempah ratus banyak..hihi..kdg2 macam rasa rendang pun ada.. :)

      Delete
  2. wahhh. ee tak minat sangat makan pedas pedas. hehe =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. xnk pedas pun boleh ee.. takyah letak cili padi..hihi..

      Delete
  3. dah lama x mkn..nnti nak try buat juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la cik siti.. nt update dekat blog.. :)

      Delete
  4. ayam ungkep mmg sedap ! lagi2 kalau buat guna ayam kampung ! pergh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh lagi sedap gune ayam kampung..yummy!

      Delete
  5. penah masak sekali jer..ecah pon lebihkan pedas..sedapp.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pedas lagi kick kn kak ecah..hihi..

      Delete
  6. salam tq i baca dan nak cuba resepi u....azuha

    ReplyDelete
  7. first time dengar ni.. nampak sangat menyelerakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la buat..memang selera mkn..lagi2 dgn nasi panas.. sedapp.. :)

      Delete
  8. Ini kalau buat juadah berbuka puasa hari ni, heaven ni! Anis.. masakkan utk zizie...nhihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je zizie..siapkan barang2..anis masakkan..hee

      Delete
  9. terliur tengok..sesuai nih untuk menambah berat badan yang sedia berat nih..ekekek..

    ReplyDelete
  10. salam..macm sedap main kisah sahaja pastu perap hee...

    note:blog slow sangat masa loading hu...

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook