Assalamualaikum...
hari ni tiba tiba nak throwback gambar waktu konvo dulu.. alahaiii rindunyaa nak study balik... ramai suruh anis sambung degree..tapiiiii... hurmm biarlah.. kita tangguh dulu.. sekarang fikir nak ringankan beban family je dulu... apa apa nanti kita rancang di lain waktu ye..hihi..
masa sekolah dulu berangan betul nak pakai jubah lepas tu naik atas pentas.. syok je..masa konvokesyen sekolah tak berpeluang pun pakai jubah.. masa diploma je dapat pakai.. tercapai jugak hasrat di hati ni.. kalau nak ingat kenangan dulu, kejap kejap nak tergelak..kejap sengih.. macam macam jadi.. tolong menolong, masam masam muka pun pernah.. tapi bila masa konvo tu..sebak dia..tak boleh nak cakap.. sedih nak tinggalkan tempat kita belajar tiga tahun ni.. setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..tiada yang kekal abadi di atas dunia ni kan..
sedih jugak sebab masa mula mula jejakkan kaki ke Politeknik Merlimau, penuh dewan.. sampai padat betul.. tapi bila konvo, alahai..setengah dewan je.. ada yang tak mampu nak sambung, ada yang dah pergi tinggalkan kita semua, ada yang masih berjuang menghabiskan study.. macam macam lagi.. itu yang buat lagi sebak.. bila lagu politeknik berkumandang perghhhh lagi la sedih.. tahan je air mata nak keluar..hihi.. hati tisu betul.. :D meh la anis belanja beberapa gambar yang ada.. masa ni pipi pau tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan..ehh betul ke..hahahah.. gerun tengok gambar pipiku..hahah... ^__^
Assalamualaikum..
Lama betul tak mencorat coret dekat sini.. Rinduu nak berblogging macam dulu tapi kesibukan yang melanda.. Aduhaii bersawang sudah blog anis.. Hihi.. Mesti ada yang dah lupa anis kan.. Redhaa.. Heee . Macam macam terjadi.. Biasalah dah nama pun kehidupankan.. Kita perlu berusaha untuk jadi lebih baik dari sebelum ni..
Alhamdulillah niat hati sebelum tahun 2016 mesti dah ada kerja tercapai juga walaupun pekerjaan ni lari betul dari kos yang anis ambil di politeknik tapi takpe.. Ambil je pengalaman dulu kan.. Alhamdulillah dapat gaji pertama terus tolong mak bayarkan apa yang patut.. Lama sangat niat nak tolong mak dan akhirnya achieve goal.. Dapat belanja ayah dan adik2 jugak.. Hihi bahagia sangat bila tengok orang yang kita sayang bahagia.. Syukur ya Allah atas nikmat yang kau berikan pada kami.. Ampuni dosa kami ya rabb.. Aminn
Assalamualaikum...
sekarang musim cuti sekolah dan hujung tahun..selalunya kita akan planning macam macam waktu cuti ni kan.. jadi, anis nak suggest tempat yang menarik bagi anis untuk awak semua kunjungi.. dalam Malaysia ni ada banyak tempat tempat menarik taw.. kita je tak sempat nak siasat satu satu..hihi... awak semua boleh klik klik link di bawah untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut tempat tempat menarik ni.. jom terjahhhh.... ^__^
Tempat-Tempat Menarik Di Malaysia
Lombong Cantik Guar Petai
Air Terjun Sungai Pandan Di Kuantan
Tempat Best Di Rembau
Menara Condong Di Teluk Intan, Perak
amacam?? ada idea dah nak pergi yang mana satu.. haa baca jangan tak baca.. 2016 kan banyak cuti, rancang sebaiknya mengikut bajet awak semua.. okee jumpa lagiii.. :)
Assalamualaikum..
Anis nak share satu artikel yang anis baca dia satu blog ini.. Credit pada empunya tuan blog.. Sangat berguna bagi suami dan juga isteri.. Dalam gurauan juga kadang kadang kita kena jaga batasan juga.. Takut takut terlepas ayat macam ni.. Nauzubillah.. Kalau dilafaz talak. Satu atau dua boleh dirujuk balik, kalau talak tiga? Hurmm..
Tadi datang seorang wanita muda lingkungan 30'an bersama dengan seorang rakan. Katanya baru balik dari Mahkamah Rendah Syariah. Wanita itu bercakap dengan nada perlahan. Aku cuba mendengar dengan jelas. Dia memulakan bicara.
"Boleh tak kalau saya dan suami merujuk kembali?" soalnya.
"Puan bercerai talak berapa?"
"Talak tiga," katanya sambil menangis teresak-esak.
"Allah!" spontan keluar mulut aku.
Si rakan cuba menenangkan dia. Seorang kakitangan wanita Pejabat Agama Islam memberikan penjelasan kepada wanita itu.
"Puan dan suami tidak boleh merujuk kembali sebab puan sudah bercerai dengan talak tiga melainkan selepas tamat iddah, puan berkahwin lain dan jika puan bercerai puan boleh berkahwin semula dengan suami yang pertama," jelasnya.
Wanita muda itu seolah-olah meluahkan perasaan, jadi saya pun mendengar masalah dia. Katanya, suaminya tidak melafazkan talak tiga di depannya.
"Jadi, macam mana puan tahu suami ceraikan puan dengan talak tiga?" soal aku.
"Begini, suami saya dengan nada gurauan bersembang dengan kawan dia 'aku sudah ceraikan isteriku dengan talak tiga'. Balik ke rumah, suami menceritakan kepada saya. Suami kata dia bergurau. Saya terus merujuk di Mahkamah dan Mahkamah memutuskan talak jatuh. Luluh hati saya," katanya.
Aku hanya kata, "Puan, banyakkan bersabar ye. Minggu depan puan datang ke sini berjumpa dengan pegawai kami jika puan inginkan khidmat nasihat. InshaAllah kami akan bantu berikan puan semangat. InshaAllah,".
Secara jujurnya, aku benci dengan lelaki yang suka bermain dengan talak! Bergegar Arasy Allah. - Abdul Razak Nordin.
Assalamualaikum...
fuhh lama betul anis tak update blog.. berhabuk dah blog anis ni.. alhamdulillah dapat lagi kita semua bernafas di bumi Allah s.w.t ini kan.. maafkan anis kalau anis tak kunjung tiba ke blog awak awak semua.. kesibukan maksimum yang tak dapat dielakkan..lagi lagi baru je bekerja..banyak betul tugas yang nak diselesaikan.. niat hati nak update blog terpaksa dibatalkan bila jumpa batal dan tilam..hihi.. niat tadi terus terkubur..
satu dugaan anis baru baru ni.. baru je semalam kena.. hidup kalau takde dugaan memang pelik la kan.. setiap orang ada masalah yang tersendiri.. hari hari kita fikir macam mana nak selesaikan.. anis punya kereta ada masalah sikit.. anis ni baru je dapat kereta, so memang tak tahu apa apa komponen komponen enjin semua tu.. mujurlah ada group blogger dan kawan kawan sekolah yang banyak sangat bagi anis semangat dan penyelesaian dia.. walaupun belum bawak kereta ke pusat servis, lega sikit hati bila ramai yang membantu beri pendapat.. alhamdulillah terima kasih semua yang membantu..
Hidup ni, hari hari kita akan bertemu dengan macam macam ragam manusia.. hari hari kita bertukar karakter, sekejap gembira, sekejap sedih... Allah beri kita macam macam situasi maslah supaya kita berfikir dan kita juga mampu untuk selesaikan masalah ini.. betul tak? Allah itu Adil, bila Allah beri ujian yang ini, kemudian Allah beri kita nikmat yang itu.. orang kata bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.. peringatan untuk anis juga.. bila kita sedih, banyak masalah, rasa kecewa, mengadulah pada Allah, minta pada Allah apa yang kita inginkan.. itu satu terapi, tak percaya? haa cuba try test buat... tenang tak kita lepas kita mengadu pada Allah sepenuh hati kita.. ^__^
Assalamualaikum...
Maklumat Mengenai Alludra International
Alludra International diasaskan sebagai sebuah perniagaan kesihatan dan kecantikan dengan pelbagai rangkaian produk untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak.
Produk yang dihasilkan oleh Alludra International adalah produk berkualiti dan selamat digunakan .
Produk-produk yang dikeluarkan telah mendapat pengiktirafan dari badan-badan berkaitan seperti KKM untuk memastikan keselamatan pengguna dan pelanggan kami.
Produk yang dihasilkan oleh Alludra International adalah produk berkualiti dan selamat digunakan .
Produk-produk yang dikeluarkan telah mendapat pengiktirafan dari badan-badan berkaitan seperti KKM untuk memastikan keselamatan pengguna dan pelanggan kami.
Setiap manusia ingin kelihatan cantik, menawan dan bertenaga kan? macam tu juga anis.. untuk melengkapkan keinginan tersebut, anis telah mencuba sendiri produk dari Alludra International ni iaitu Jus Orlin.. terdapat banyak manfaat dia taw.. tidak semestinya wanita yang sudah berkahwin je boleh cuba, bujang macam anis ni pun patut cuba.. anis dulu sebelum mencuba produk jus orlin ni, rasa malas dan tidak bertenaga je.. cepat penat.. tapi lepas anis minum jus orlin, haa memang laju je buat keje.. tak terasa penatnya..
Khasiat Jus Orlin Dari Alludra International :
Tenaga Dalaman
Orlin membantu membina semula tenaga dalaman wanita agar sentiasa segar dan cergas sepanjang hari. Wanita bekerjaya semestinya menginginkan tenaga sepanjang hari di tempat kerja dan selepas pulang ke rumah.
Meremajakan Kulit
membantu memberi kesegaran kepada kulit. Produk ini juga membantu mempercepatkan proses pemutihan kulit agar lebih bersinar dan berseri sepanjang hari.Kulit anda pasti kelihatan lebih anjal.
Menstabilkan Hormon
bila hormon stabil, pasti kita akan rasa segar sepanjang hari.
Menganjalkan Payudara
membantu MENAIKKAN, MENEGANGKAN dan MENGANJALKAN semula aset terpenting wanita iaitu payudara agar anda sentiasa lebih yakin dengan penampilan diri semasa diluar dan dirumah.
FB Page : Alludra International
Puan Arifah Pengasas Jus Orlin. : 017-6767 966
< Klik gambar untuk join >
Assalamualaikum & hello there,
Rasanya dah makin stress rakyat Malaysia dengan isu harga barang & perkhidmatan dah naik. Pergi sana - harga barang naik, pergi situ - harga itu naik & datang sini pun dah naik harga. Tapi jangan risau jangan kusut kepala kerana BBL nak kasi duit saku untuk korang!
Tepuk tangan sikit!
Boleh buat belanja nasi lemak & teh tarik untuk breakfast atau beli nasi goreng telur mata makan malam ya. Kiran macam BBL belanja versi digital la. Okay check out berapa banyak duit saku untuk pemenang.
Hadiah duit saku dari BBL
Duit saku RM30
untuk 1 orang pemenang
Duit saku RM20
untuk 1 orang pemenang
Duit saku RM10
untuk 2 orang pemenang
Duit saku RM5
untuk 4 orang pemenang
Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :
1. Add BBL di
Follow blog
#Masukkan blog BBL dalam Bloglist Korang
LIKE fan page
Add Google+
Add Twitter
Add Instagram
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway Duit Saku Dari BBL"
3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri
4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)
Tu saja. Senang sangat kan.
Tarikh tamat giveaway pada 14 November 2015
Pemenang akan diumunkan pada 16 November 2015 nanti
BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o
Sekian terima kasih & selamat hari raya
Assalamualaikum..
Sedih ni.. Hurmm.. Bukan penat fizikal tapi penat mental.. Waduh waduh.. Tu la kan lama sangat duduk rumah.. Ni baru tahu perasaan cari rezeki cari duit sendiri.. Penat kan.. Macam tu la mak ayah kita cari duit cari nafkah untuk anak anak.. Anis ni kalau penat je mulalah macam macam rasa.. Hurmm entah apa apa je.. Sorii la anis tak dapat nak blogwalking sangat.. Masa tak mengizinkan.. Jangan kecil hati dengan anis ye...
Assalamualaikum..
drama sayap jibril drama terbaru yang menggantikan drama tanah kubur.. anis suka cerita cerita macam ni.. buat kita berfikir, buat kita rasa insaf.. tanda tanda iman masih ada dalam diri, ialah kita rasa takut bila lihat kejahatan dan rasa insaf lihat penderitaan orang lain.. wallahualam.. betulkan anis jika salah..
Sinopsis Sayap Jibril
menampilkan para pelakon yang mantap diantaranya Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, Sari Yanti, Syafie Naswip, Mia Ahmad, Uqasha Senrose Amar Baharin, Zalfa Zin, Fikhree Bakar, Amerul Affendi, Nabila Huda, Syed Ali, Syarul Ridwan.. Zahiril Adzim memegang watak utama sebagai Ustaz Muhammad Rayhan yang mana sebelum ini beliau pernah muncul dengan watak sama dalam telefilem Tanah Kubur Ummah Jahiliyyah. Ustaz Muhammad Rayhan, seorang Ustaz buta yang diberikan kelebihan oleh Tuhan untuk melihat (dalam bentuk mimpi) apa yang dilihat oleh seseorang ketika nazak. Tarikh tayangan mulai 6 November 2015.
Assalamualaikum..
Kuss semangat.. Kejadian benar benar berlaku pagi tadi.. Anis pergi ke pekan rembau.. Berhentikan kereta sementara di hadapan bank.. Nasib baik la anis tak ikut mak anis masuk sekali dalam bank.. Kalau tak, tak tahu la apa jadi kan.. Cerita nya macam ni.. Orang parking kereta semua macam biasa je.. Hari hari pergi pekan kan.. So tak kekok nak drive walaupun jalan sibuk.. Dengan lori lagi..
Masa nak berhentikan kereta tu, anis tergerak hati nak parking depan sikit dari lori besar tu.. Mula mula mak anis suruh parking berhampiran lori tu tapi anis ter kedepan.. So parking situ sementara mak keluarkan duit.. Memang nasib baik sangat, tak lama lepas tu dalam 2 ke 3 minit camtu, tibe2 kereta dari tempat tinggi undur dengan laju lagi.. Nasib baik ade orang tahan, kalau tidak memang habislah semua kereta dekat tepi tu.. Bila polis datang tengok, orang takde pun dalam kereta tu.. Kosong.. Mungkin orang tu tak tarik hand brake agaknye..
Cuba la bayangkan kalau anis betul betul belakang kereta tu tadi, waduhh memang kena hentam la kereta anis.. Mahu kemek tu.. Agak laju kereta tu undur.. Sampai sesak jugak jalan tadi.. Menggigil jugak la tangan tadi.. Terkejut punya pasal.. Pengalaman betul.. Pengajaran untuk ajis jugak, bila lepas parking jangan lupa tarik hand brake.. Cek btl2 dulu.. Jangan main keluar je.. Lemah semangat jap.. Hihi
Nasib baik kereta orang tu tak de kena apa apa.. So ade seorang wira.. Abang ke pakcik entah yang tiba tiba berlari tinggalkan motor dia pergi tahan kereta tu dari langgar kereta lain.. Memang hero la.. Salute...
Giveaway CINTA by CN
Klik banner untuk join
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak?
Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN :
1. Follow blog CikguNorazimah,
2. Add To Circle G+CikguNorazimah,
3. Like Fanpage Facebook Cikgu Norazimah
5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.
Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :
anizz sakura
GIVEAWAY RYSYA SKINCARE CANTIK MACAM CHE TA BERSAMA AZLINDA ALIN
Tuesday, November 03, 2015
Assalamualaikum..
jom join giveaway ni.. boleh gojes gojes kalau menang hadiah dia..hihi...
klik banner untuk join..
TAMAT 30 NOVEMBER 2015
RYSYA SKINCARE - LY Pembersih Muka
Bersifat lembut untuk menanggalkan solekan. Komponen yang menyediakan ciri-ciri kebersihan yang sangat baik, kulit lembut sempurna dan segar "Natural Moisture Barrier". Selepas membilas, ia akan menjadikan kulit licin bersih tanpa mengeringkan kulit.
Arahan: Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Letakkan cleanser pada tapak tangan yang basah. Bila berbuih, perlahan-lahan urut seluruh muka, elakkan bahagian mata. Bilas sehingga bersih.
Kelebihan LY Pencuci Muka
Kulit dilindungi, kelihatan berseri, dan terasa lembut dan tenang. Mengimbangi kelembapan kulit, membantu mengekalkan penghidratan dan mengelakkan kulit dari kekeringan .Sesuai untuk semua kulit, termasuk kulit sensitif.
p/s : kalau dapat pembersih muka ni oke gak..heee.. cantik macam che ta..kihkih... ^__^
Assalamualaikum..
dah masuk dua hari di bulan november.. alhamdulillah masih diberi peluang untuk kita melihat dan melakukan aktiviti rutin kita.. semoga bulan november ini kita jadi lebih baik.. ^__^
Assalamualaikum...
resepi cekodok penuh kasih dan sayang... bancuh cekodok macam biasa.. letak sedikit senyuman.. garam jangan lupa pulak... lepas tu goreng dengan penuh cinta.. hati hati jangan sampai tangan dan jari jemari terkena panahan minyak yang tajam.. lepas tu, kasi goreng ala ala rangup gitu.. jangan sampai hangus sudah la ye..hihi.. selamat pagi... senyum senyum.. salam jumaat penghulu segala hari..
Assalamualaikum..
Gembira bila dapat tahu satu berita semalam.. Setahun lebih menunggu.. Setahun lebih mencari.. Walaupun tak dapat yang selayaknya tetapi alhamdulillah, syukur pada Allah yang bagi anis nikmat tak ternilai.. Allahu.. Dup dap dup dap semalam kot kot anis tak diterima..
Anis cerita apa terima tak terima ni? Haa semalam anis diterima bekerja sebagai guru tadika.. Alhamdulillah.. Selama setahun lebih tadah telinga orang cakap macam macam.. Kalau nak ikutkan jadi guru tadika ni pun ade jugak mulut mulut kata penat je belajar akaun tapi kerja dekat tadika je.. Haipp haipp mulut takde insurans takaful betul.. Setiap pekerjaan yang halal tu ada baiknya.. Guru tadika ni bagus jugak ape.. Kita didik anak anak dari awal lagi.. Anis sampai sekarang ingat lagi taw guru masa anis tadika.. Haa sapa kata kerja jadi guru tadika tak best?
InshaAllah tempoh dua bulan percubaan nanti anis akan cuba buat yang terbaik.. Kita tengok kemampuan kita.. Doakan anis berjaya ye.. Anis doakan semua yang singgah blog anis ni berjaya dunia akhirat.. Aminnnn yarabbal alamin..
P/s: lepas ni masa untuk update blog terhad tapi anis cuba yang terbaik.. ^__^
Assalamualaikum...
kepada pencinta shawl simple.. anis nak perkenalkan satu jenama yang exclusive.. shawl keluaran Zaraa semua simple but nice.. nak tahu sebab apa nice? haa tengok la kaler2 yang ada.. semua kaler yang tengah hot sekarang.. cantik cantik lagi tu.. lagi satu, shawl ni tak mudah keronyok a.k.a kedut kedut taw.. senang nak dibentukkan.. Kain dibuat dari material chiffon yang amat mudah di dipakai.. Sekarang ni anis malas betul nak gosok2 tudung semua.. Jadi dengan adanya shawl ni.. Ambik dan gayakan je.. Senangkan? Harga memang berpatutan..
Shawl Murah Yang Senang Dibentuk
terdapat pelbagai pilihan warna yang menawan yang pasti akan memukau mata anda.. Rambang mata nak pilih..
Saiznya ZARAA SHAWL ialah 165cm X 45cm boleh lilit-lilit nak panjang, nak labuh atau nak pakai singkat. Tapi, dengan Zaraa Shawl ini, senang je melilitnya. Mudah !
Ha...macam-macam keistimewaan yang ada pada ZARAA SHAWL, kan? Harganya pun mampu milik!!
ZARAA SHAWL hanya RM35 sahaja !! Untuk pertanyaan dan order, boleh hubungi:
Telefon / Whatsapps: 0172097346
Facebook : La Zara
Instagram: Exclusive_by_zara
|
Assalamualaikum..
Petang tadi punye cerita.. Alahai hati rasa tak sedap je bila dengar bunyi anak kucing dekat sangat.. Bila cari cari rupanya anak kucing dalam longkang.. Ala tak tahu pulak nama apa nama dia.. Tempat salur air tu.. Jauh ke dalam.. Nasib baik la rumah tu takde orang.. Kalau ada.. Memang habislah anak kucing tu.. Kesian sangat.. Anis ni dah la penakut kucing.. Cari cara nak selamatkan kucing.. Last last kawan adik anis n adik anis tolong keluarkan kucing tu.. Pukul 7 lebih baru la selamat dikeluarkan.. Kecik sangat.. Tak tahu la dapat survive ke tak.. Lepas tu kasi anak kucing ke mak dia.. Habis basah badan dia.. Harap2 kucing tu dapat la membesar kan.. Sayu pulak tengok dia jerit jerit macam panggil kita untuk selamatkan dia.. Alhamdulillah dapat selamatkan dia dari lubang tu.. Walaupun anis tak berani pegang dan takut kucing, tak semestinya anis tak suke kucing oke.. Sayang kucing taw.. Hihi..happy sangat macam orang bercinta.. Hahah
Anak kucing yang berjaya diselamatkan.. Kesian dia kesejukkan.. |
Assalamualaikum..
Haiii selamat malam semua.. Jom sape2 free kita join giveaway novel ni.. Lagi ramai join lagi meriah.. Jom join..
Assalamualaikum..
wahh wahh gandingan pelakon macam best je.. Zahirah Macwilson dan Syukri Yahaya pulak tu.. anis memang suka Zahirah Macwilson..nampak cantik..hihi... jom baca sinopsis dia.. ^__^
wahh wahh gandingan pelakon macam best je.. Zahirah Macwilson dan Syukri Yahaya pulak tu.. anis memang suka Zahirah Macwilson..nampak cantik..hihi... jom baca sinopsis dia.. ^__^
SINOPSIS CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
Mengisahkan Puteri Nuraisha yang kehidupannya bersama keluarga yang seakan meminggirkannya, Puteri mempunyai seorang ibu tiri dan kakak tiri, Puteri sering terasa terpinggir akan layanan ayahnya yangg sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha. Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula, semakin hari sikap Ashraf semakin membuatkan Puteri semakin bosan, perkenalan Puteri dengan Daniel yang dikatakan mempunyai raut wajah yang elok membuatkannya semakin jauh hati dengan Ashraf. Sedikit demi sedikit Puteri telah jatuh cinta terhadap Daniel dalam diam, dengan sikap Daniel yang sangat menyenangkan membuatkan Puteri semakin berbunga-bunga terhadap Daniel, tapi dalam masa itu Puteri juga dalam dilema untuk mengahwini Ashraf. Puteri terperangkap antara cintanya terhadap Daniel dan perkahwinan tanpa rasan cinta dengan Ashraf kerana amanat arwah ibunya,.
Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. Pelbagai persiapan telah diatur, dalam masa yang sama tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya iaitu Sha telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Sha dan Ashraf telah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa diketahui oleh sesiapa, sungguh bijak mereka merahsiakannya, segala perilaku Puteri sering dipantau oleh Sha akibat rasa cemburunya. Andai Puteri berjumpa dengan Ashraf, pertelingkahan sering terjadi antara mereka, segala yang dirahsiakan oleh Sha dan Ashraf selama ini terbongkar dengan kejadian yang sangat mengaibkan, segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf terganggu dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? Apakah Puteri akan bersama dengan Ashraf walaupun peristiwa yang memalukan itu telah terjadi demi sebuah amanat seorang ibu? Atau Puteri mengenepikan amanat itu dengan memilih Daniel? Apa pula yang akan terjadi kepada kakak tirinya Sha?
Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. Pelbagai persiapan telah diatur, dalam masa yang sama tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya iaitu Sha telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Sha dan Ashraf telah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa diketahui oleh sesiapa, sungguh bijak mereka merahsiakannya, segala perilaku Puteri sering dipantau oleh Sha akibat rasa cemburunya. Andai Puteri berjumpa dengan Ashraf, pertelingkahan sering terjadi antara mereka, segala yang dirahsiakan oleh Sha dan Ashraf selama ini terbongkar dengan kejadian yang sangat mengaibkan, segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf terganggu dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? Apakah Puteri akan bersama dengan Ashraf walaupun peristiwa yang memalukan itu telah terjadi demi sebuah amanat seorang ibu? Atau Puteri mengenepikan amanat itu dengan memilih Daniel? Apa pula yang akan terjadi kepada kakak tirinya Sha?
Assalamualaikum..
Malam malam macam ni tak tahu apa nak buat.. Godek godek dashboard blogger.. Ternampak pulak segmen adik manis ni.. jom support adik miza kita ni.. Miza nak kasi 1 hadiah misteri kepada seorang yang bertuah..
Klik banner untuk join
TAMAT 25 OKTOBER 2015
Assalamualaikum..
Maksud Ping Entry
Ping adalah istilah yang digunakan oleh kebanyakan blogger untuk promote entry mereka.
Selalu blogger akan auto ping entry ke facebook atau twitter. Kalau ke group facebook, blogger akan ping secara manual satu persatu atau ping secara berjemaah.
Sekarang dah ada satu telegram channel yang akan auto ping setiap entry kita. Channel ini akan semak blog kita setiap 15minit sekiranya ada entry baru.
Syaratnya korang kena la ada telegram.. Telegram boleh jugak buka di pc.. Senang je kalau korang nak blogwalking.. Klik klik je.. Sesiapa yang nak join channel auto ping di telegram, boleh la pm mommy ira di @irrayyan di telegram.. Search je nanti jumpa la nama mommy ira.. Moh kita blogwalking di telegram!
Maklumat lanjut, boleh baca di blog Mommy Irra Irrayyandotcom
Assalamualaikum..
Usah Biar Syirik Membarah Dalam Masyarakat
Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.
Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)
:: petikan diatas sudah jelas untuk kita tahu bahayanya syirik tetapi kenapa masih ade lagi yang mempercayai perbuatan syirik? Jangan sampai perbuatan kita jatuh pada syirik.. Antara dosa yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t.. Nauzubillahiminzalikk.. Minta kita semua dijauhkan dari semua ni.. Peringatan untuk diri sendiri juga..
Assalamualaikum...
disebabkan berusaha jugak nak edit blog sendir dengan pertolongan kawan kawan EFG ku tersayang.. hampir siap walaupun belum sepenuhnya..alhamdulillah... hidup berkomuniti bukan setakat sembang kosong je.. kita sharing ilmu lagi tu..kalau tak dulu, segala mak nenek widget anis letak..siap letak ikan berenang..hahah.. mana tak beratnya blog anis kan..sabar je laaa...hihi...
Maaf la kalau blog anis banyak kurang sana sini.. laptop pun rosak.. tak dapat nak buat apa..edit sikit sikit je mampu.. henpon pun boleh blogwalking sikit sikit je..cepat "hang" pulak.. dugaan seorang blogger kan.. maaf la bukan nak mengadu ke apa..sesekali nak luah perasaan kan.. hihi... terima kasih sudi singgah di blog anis... inshaAllah anis akan balas kunjungan slow slow okay.. sayang semua... jaga diri jaga kesihatan...
Beberapa Buah Sekolah Diarah Tutup Akibat Jerebu
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan hari ini memaklumkan semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tawau, Kuching dan Samarahan ditutup esok berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan.
Perkara itu diumumkan menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi laman Facebook rasminya.
Bagaimanapun, katanya peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional diteruskan di bawah ‘Ops Topeng’.
Kementerian itu juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jerebu-sekolah-di-3-negeri-putrajaya-kl-dan-3-kawasan-di-sabah-sarawak-ditutup-isnin-76925
Assalamualaikum..
Aduhaii sakit kepala teramat sangat.. Tadi keluar kejap je.. Tengok dekat luar macam kabur dan berdebu.. Adakah jerebu lagi? Hurmm.. Cuaca dekat sini kering dan berdebu.. Memang tak selesa sangat2.. Sekarang pun mata pedih.. Dengan kepala sakit lagi.. Bergabung boleh meletop woo.. Cuaca dekat tempat korang macam mana? Sama jugak ke? Nak update blog pun mood kelaut.. Tapi kena semangat kan kata nak jadi blogger tegar.. Hihi.. Sori tak dapat blogwalking sangat.. Laptop rosak lagi.. Sedih betul.. Hurmm