Rumah... bila sebut perkataan rumah mesti dah membayangkan rumah idaman masing-masing kan? macam anis juga la.. tidak salah jika ingin berimpian untuk memiliki rumah kan.. tetapi memikirkan taraf ekonomi sendiri rasanya macam tidak layak sahaja kan?.. Rumah sekarang adalah satu keperluan tidak kira yang sudah berkeluarga atau yang belum berkeluarga..
Anis sekarang tengah survey juga harga rumah yang ada di sekitar kawasan anis tinggal, tetapi rata-ratanya harga yang sangatlah tinggi dan anis rasa anis tidak mampu untuk cuba mohon.. seram juga tengok harga rumah sekarang.
so masa dalam pencarian tu, terjumpa la artikel mengenai RUMAWIP.. walaupun anis bukan warga Kuala Lumpur tetapi anis agak berminat dengan inisiatif DBKL untuk membantu golongan muda seperti anis untuk memiliki rumah sendiri..

Apa Itu RUMAWIP?
RUMAWIP adalah singkatan untuk rumah wilayah persekutuan.. Ia adalah satu program untuk golongan muda dan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri dengan kadar bulanan yang berpatutan.. secara khusus untuk golangan muda yang baru berkahwin dan ingin memiliki kediaman sendiri..
SKY AWANI 3 RESIDENCES - SETIAWANGSA
VISTA OUG @ RESIDENSI PLATINUM OUG - BANDAR TUN RAZAK
RESIDENSI KUCHAIMAS - SEPUTEH
RESIDENSI INSPIRIA - WANGSA MAJU
Syarat Kelayakan untuk memohon RUMAWIP
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000.00 (Bujang) dan RM15,000.00 (Suami dan Isteri)
4. Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
Mudahkan syarat kelayakannya? terdapat 3 jenis RUMAWIP iaitu rumah harga rumah rendah, harga rumah sederhana rendah dan harga rumah sederhana.. menarikkan? Sejujurnya anis sangat berminat program macam ni.. disamping membantu mengurangkan kos sara hidup di bandar.. anis tidak layak untuk memohon sebab bukan menetap di Wilayah Persekutuan dan kawasan yang terlibat tetapi tidak salahkan jika anis share perkara yang bermanfaat ini kan?