Assalamualaikum.. salam satu malaysia..ehh..formal pulak kita hari ini kan.. kita selalu sebut rumahku syurgaku dan bila kita sebut je mesti terbayang rumah yang isi dalamnya bahagia,harmoni dan gembira selalu kan.. siapa je yang tak suka ada rumah sendiri kan.. impian semua orang nak ada rumah sendiri..
Jadi, anis nak share dengan semua pembaca blog anis dengan satu program yang amat baik dan bagus.. iaitu Program Baiti Jannati.. apa tu ek? siapa pernah dengar? ia adalah sebuah program yang dianjurkan oleh TNB dan syarikat-syarikat lain untuk membantu membaik pulih dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan penghuni miskin tegar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Sebanyak RM 6.5 Juta diperuntukkan untuk program ini dan akan bertambah lagi bilangannya.. bantuan ini di berikan kepada penghuni yang layak mengikut kriteria yang diberikan.. Program ini amat baik dan telah menjadi realiti apabila banyak syarikat besar membantu menjayakan program ini.. anis agak tertarik dengan program ini dan lebih bagus jika program sebegini ada di setiap negeri di Malaysia untuk membantu gologan yang mempunyai masalah kewangan, masalah untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa, dan juga membantu mereka membaik pulih rumah mereka..
Anis amat suka program baiti jannati Wilayah Persekutuan ini dapat diteruskan setiap tahun kerana jika kita lihat sekarang di bandar, ada sahaja keluarga yang masih tidak mampu untuk memiliki rumah, ada juga keluarga atau individu yang tidak dapat membaik pulih rumah sedia ada.. Kita sedia maklum kos hidup di bandar adalah amat tinggi.. inisiatif ini akan dapat mengurangkan miskin bandar di Malaysia dan diharap sangat jika program sebegini ada di setiap negeri..
Jadi, anis nak share dengan semua pembaca blog anis dengan satu program yang amat baik dan bagus.. iaitu Program Baiti Jannati.. apa tu ek? siapa pernah dengar? ia adalah sebuah program yang dianjurkan oleh TNB dan syarikat-syarikat lain untuk membantu membaik pulih dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan penghuni miskin tegar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Sebanyak RM 6.5 Juta diperuntukkan untuk program ini dan akan bertambah lagi bilangannya.. bantuan ini di berikan kepada penghuni yang layak mengikut kriteria yang diberikan.. Program ini amat baik dan telah menjadi realiti apabila banyak syarikat besar membantu menjayakan program ini.. anis agak tertarik dengan program ini dan lebih bagus jika program sebegini ada di setiap negeri di Malaysia untuk membantu gologan yang mempunyai masalah kewangan, masalah untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa, dan juga membantu mereka membaik pulih rumah mereka..
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebanyak 300 keluarga di kawasan perumahan berkenaan akan dapat dibantu melalui kutipan dana program berkenaan, yang merupakan inisiatif Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan, sehingga akhir tahun ini.
“Dana yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat ini akan digunakan bagi membaiki rumah-rumah usang milik mereka, dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan RM1 juta oleh Mah Sing Foundation kepada program Baiti Jannati@ Wilayah Persekutuan di sini hari ini. - sumber sinar harian