anizz sakura

Resepi Bulan Ramadhan | Resepi Ikan Tenggiri Goreng Kari Masak Kicap

Friday, June 10, 2016

assalamualaikum..ehemm ehemmm..lama tak up entry resepi..hihi... selalunya resepi anis ni simple sangat.. alaa korang semua pun boleh buat tutup mata sebelah je taw..hihi.. resipi ikan tenggiri masak kicap yang menyelerakan... diolah ikut citarasa anak tekak sendiri.. heee.. bila dah bekerja ni..waktu nak masak masak yang heavy tu memang tak cukup masa.. mak anis keje..anis pun keje.. kadang kadang fikir nak masak apa masa waktu keje taw.. masalah perempuan kan.. asyik fikir hari hari nak masak apa..hahha... bagi korang yang takde dah idea nak masak apa lagi.. jom la cuba resepi ni..

Resipi Ikan Tenggiri Goreng Kari Masak Kicap


resepi mudah bulan ramadhan, resepi masakan ikan, pelbagai resepi enak bulan ramadhan,


Bahan-bahan : 

dua ekor ikan tenggiri
1 labu bawang besar
7-8 ulas cili padi
asam keping (satu keping sederhana besar)
satu sudu serbuk kari
kunyit
kicap manis (anis guna kicap cap kipas udang tu)
garam
serbuk perasa (jika perlu)


Cara-cara

1) gaul ikan tenggiri dengan kunyit,serbuk kari dan garam..gaul rata.. kemudian gorengkan ikan sampai warna keemasan.. angkat dan letak dalam piring dulu..

2) kemudian, potong bawang besar dan cili padi.. ikut suka nak potong macam mana.. sudah potong semua bahan tadi.. tumiskan bahan yang dipotong sehingga naik bau..

3) letak kicap manis yang dicampur air sedikit..tuang dalam kuali..letak garam dan asam keping.. biarkan kicap hampir pekat..kemudian masukkan ikan yang dah digoreng tadi.. gaul rata.. tutup api dan hidang..siap untuk dimakan...

selamat mencuba !

You Might Also Like

8 Pengulasan

  1. Perghh! Ena suka angat-angat ikan tenggiri.. sedap niii

    ReplyDelete
  2. menu macam ni yang buat laju je makan waktu sahur kan niss :)

    ReplyDelete
  3. insha Allah, resepi ni la utk menu berbuka petang ni...

    ReplyDelete
  4. Wuuuu nampak sedap. Selamat berpuasa dan berbuka puasa kak anis! Btw, nice recipe, boleh cuba :)

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook