Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke
'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual
dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata
tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan
ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah
cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.
Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang
baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi
isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh,
minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat
tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah
masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan
saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh
tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang
kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di
sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.
Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat
tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara
yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin
ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang
harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma,
afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang
mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja
terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri
atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu
yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah
sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur
hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian
sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda
nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas
junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan
berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan
zikir didalam hati dan bercakapla dengan suara yang agak perlahan agar tidak
sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya
saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja
nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk
bersama dengan nasihat anda.
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima
pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan
diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man),
seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan,
bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa
Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".
Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin
manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan
oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala
isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari
kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin
menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka
adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar
dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan
dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan
dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya
bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya.
Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang
didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.
Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai
mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap.
Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya
semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini.
Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang
segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang
ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu
ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah
keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir,
dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan
menagih kasih dirumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti
saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya.
Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah
lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan
pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah
'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup
saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah
tidak lama lagi,akan muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya
p/s: Saya share
di sini sebab sweet sangat kisah ni. hehe.. Bestnya kalau dapat suami macam ni
:)
0 Pengulasan