DesiBucket.com | Bear | Forward this Picture
Assalamualaikum semua.. haa buat ape tu?? jom kite main teka teki tntang diri sendir nak?? hee.. sebenarnyee anis ade bace kat satu page fb..(fb lagi) tentang personaliti kita..haaa diingatkan ini utk suke suki je taw..don't take it seriously oke.. ! :) jom baca! :D
mula2 pilih tarikh lahir dulu..
Assalamualaikum semua.. haa buat ape tu?? jom kite main teka teki tntang diri sendir nak?? hee.. sebenarnyee anis ade bace kat satu page fb..(fb lagi) tentang personaliti kita..haaa diingatkan ini utk suke suki je taw..don't take it seriously oke.. ! :) jom baca! :D
mula2 pilih tarikh lahir dulu..
- 23 hingga 1hb Disember - Merah
- 2 hingga 11hb Januari - Oren
- 12 hingga 24hb Januari - Kuning
- 25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
- 4 hingga 8hb Februari - Biru
- 9 hingga 18hb Februari - Hijau
- 19 hingga 28hb Februari - Perang
- 1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
- 11 hingga 20hb Mac - Lime
- 21hb Mac - Hitam
- 22 hingga 31hb Mac - Ungu
- 1 hingga 10hb April - Biru
- 11 hingga 20hb April - Perak
- 21 hingga 30hb April - Putih
- 2 hingga 14hb Mei - Biru
- 15 hingga24hb Mei - Emas
- 25 hingga 3hb Jun - Krim
- 4 hingga13hb Jun - Kelabu
- 14 hingga 23hb Jun - Maroon
- 24hb Jun - Kelabu
- 25 hingga 4hb Julai - Merah
- 5 hingga 14hb Julai - Oren
- 15 hingga 25hb Julai - Kuning
- 26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
- 5 hingga 13hb Ogos - Biru
- 14 hingga 23hb Ogos - Hijau
- 24hb Ogos 2hb September - Perang
- 3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
- 13 hingga 22hb September - Lime
- 23hb September - Olive
- 24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
- 4 hingga 13 Oktober - Biru
- 14 hingga 23hb Oktober - Perak
- 24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
- 12 hingga 21hb November - Emas
- 22hb November hingga 1hb Disember - Krim
- 2 hingga 11hb Disember - Kelabu
- 12 hingga 21hb Disember - Maroon
- 22hb Disember - Teal Merah
dah pilih tarikh, ikut kaler yg diberi tu..
MERAH
Slalunya mereka yg mwakili warna merah yang garang ini
seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan
menyayangi. Kamu juga sntiasa ceria dan gembira nmun kadangkala dilanda
'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak
berbincang dan boleh mbuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan
mereka.
Krim
Ha! Kamu ini seorang yg suka bersaing dalam apa juga
bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah.
Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.
Namun kamu ckup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain
itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu
boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat
berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hgga
kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu
tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!
TEAL (Warna Kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun
perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri
kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap
kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam
memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang
sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut
perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu
punya ramai teman.
Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik
dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil
tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi
keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi
percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai
menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu
yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang
lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi
dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih
rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai
untuk dirinya!
Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana
betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja
dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam
soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi
sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali
gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam
tempoh yang lama.
Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu
dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga
lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang
semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat
keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak
tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang
romantik bersama si dia. Alahai!
Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan
seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga
suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa
pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya!
Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan
percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala
risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang,
berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di
sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya
matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup
bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang
yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud,
selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi
kamu, saling percaya itu amat penting!
Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang
yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.
Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah
terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan
penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah
tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga
sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih
mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.
Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi
ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda
masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana
perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya
personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi!
Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak
hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau
bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun
sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan;bukan
apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan
diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk
menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda
kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta
sejati juga suatu hari nanti.
Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian
untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar
kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan
perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia
sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan
perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah
untuk bertolak ansur sikit!
Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang
baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga
membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu
seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu
percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan
hati si dia dan tak suka cari pasal!
Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang
teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun
begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan
diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu
sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan
mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha
untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat
menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan
menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa
saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam
hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri
sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan
sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah
dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif
yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri.
Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat
dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai
kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali
juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta.
Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah
kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih
serius dan ikhlas.
Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi
segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi?
Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian
ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati
hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu
nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu
sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang
lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha
keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan
tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam
pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan
kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga
sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang
tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
Biru Kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat
mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan.
Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan
perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang
yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar
menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan
kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh,
tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!
p/s : anis punye purple.. :) memg faveret kaler tu..hee.. ape2 pon ini just for fun k.. :) selamat mencuba!
12 Pengulasan
Assalamualaikum dan salam singgah sini...akak kena warna limau...hehe...
ReplyDeletewalaikumsalam kak..hehe.. kuat cemburu ye..huhu.. ^_^
DeleteHehe, saya lime. Aduh ada juga tu yang sama. XD
ReplyDeletehaa.. kuat cemburu ye.. :D
ReplyDeletealaaaa....biruuu....yg pemilih and kurang yakin btul la..yg lain x kot..hihihihi
ReplyDeletehehe..pemilih rupenye..huhu.. yg krjaya tu opcoz bukan la kan.. kan stdent akaun.. :)
Deletehaha yup..kerjaya pun bukan sis...sbb mong suka tgk number...asal nampak akaun ja mesti nak settlekan biar ambik masa yg lama..hihi
Deleteayie suke purple,tp kene perang lak..hehe
ReplyDeletehampir same =)
hehe... xpe.. yg perang tu kan ckp,jgn putus asa..huhu :)
Deletehai, awak dah masuk bloglist sy tau :)
ReplyDeletehttp://walkstatic.blogspot.com/2014/02/tahniah-anda-tersenarai-dalam-blog.html
Kelabu.........;-)
ReplyDeletewah.. cikna pandai menawan hati org ye..ade sikap humor..bgus2.. :)
Delete