anizz sakura

Panduan Khusyuk Dalam Solat

Friday, February 14, 2014

Assalamualaikum.. salam jumaat yg penuh barakah ni.. hari nie anis nk share sesuatu yg bermanfaat utk semua.. kadang2 kite susah nk khusyuk solat sebab teringat hal yg mcm2 kan? so anis ade bace satu artikel nie.. anis share kan dgn semua ye.. :)


Panduan menghilangkan halangan yang dapat menggangu kekhusuyukan solat menurut Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni:

  1. Menghilangkan sesuatu yang dapat menganggu orang solat- seperti pemasangan tirai solat atau sejadah yang bergambar yang boleh menggangu konsentrasi solat
  2. Tidak solat memakai pakaian yang berhias, mempunyai tulisan, bergambar,warna-warni yang boleh menganggu orang lain dan diri kita
  3. Jangan solat sementara hidangan telah tersedia. Kita tidak akan solat dengan khusyuk kerana hati kita akan teringat pada makanan itu
  4. Jangan menahan kencing atau buang hajat ketika solat kerana menurut sabda Rasulullah: “Tidak boleh solat sedangkan makanan telah tersedia di hadapannya dan tidak boleh juga solat padahal ia menahan kencing atau buang hajat”
  5. Jangan solat dalam keadaan mengantuk. Sabda Rasulullah s.a.w: “Bilamana salah seorang di antara kamu yang mengantuk, tidurlah sehingga hilang mengantuk baru solat”
  6. Tidak solat dibelakang orang sedang berbicara atau tidur. Hal ini jelas dapat menganggu khyusuk, apalagi jika ucapan dilakukan dengan suara yang keras
  7. Tidak menyibukkan diri dengan membersihkan (kotoran, pasir) yang terdapat pada tempat sujud ketika solat. Hendaklah hal ini dilakukan sebelum solat
  8. Jangan mengingat sesuatu yang menimbulkan atau membangkitkan nasfsu syahwat atau kemarahan.
Itulah diantara panduan untuk mendapatkan khyusuk solat yang digaris-pandukan oleh Dr. Al-Qarni yang sedikit sebanyak boleh di aplikasikan dalam memperbaiki tahap kekhyusukan kita dalam bersolat.


 “Sesungguhnya orang yang beriman, iaitu orang yang khyusuk dalam solatnya, mereka itulah yang akan mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya”- Al-Mukminun: 1-3. 

sumber : i luv islam 

You Might Also Like

6 Pengulasan

  1. Salam.. entry yang sangat bermanfaat.. =)

    http://ayuzulkifle.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. yang 3 sesuai apabila di bulan puasa nak moreh hahaha :D

    ReplyDelete
  3. semoga kita semua khusuk dlm melakukan ibadah :)

    ReplyDelete
  4. nice sharing Anizzz...mmg mnarik pnduan khsyuk dlm solat ne :)

    ReplyDelete
  5. tip bagus neh :)
    http://sihatrampingtk.blogspot.com/2014/02/hobi.html

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook