anizz sakura

5 Minuman Yang Mengecilkan Perut

Saturday, June 21, 2014

Assalamualaikum.. maaf la ye..entry kali nie banyak tentang kesihatan je..hihi.. tujuan tetap sama.. anis nie jenis pelupa..so dengan share dekat blog..anis dapat baca balik..hihi... jangan bosan datang blog anis ye kawan-kawan semua.. oke la.. jujur anis cakap la kan.. bab nak kempiskan perut memang la amat sukar.. malu kan kalau nampak perut buncit.. lagi2 yang anak dara nie.. memang ramai alami masalah nie termasuk yang menaip nie..hahah.. tapi sekarang dah jumpa jalan penyelesaiannya..ecececehhh... anis dapat tips nie dari fb REMAJA jugak taw.. tips macam nie senang sangat nak amalkan sebab?? sebab.... hari2 kita minum air kan..hihi.. so jom teruskan bacaan.. :)

sumber ehsan incik google

Terdapat 5 minuman yang membantu kamu mengecilkan perut.

AIR PUTIH / MINERAL /DRINKING WATER
Minum air seperti ini dapat membantu kamu menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Malah ia juga mencegah hidrasi serta mengurangkan rasa lapar. Jadi, tidak hairan dengan beberapa teguk air putih mampu mengurangkan suapan nasi atau makanan dalam mulut. Bukan itu sahaja, ia juga membantu melancarkan sistem perkumuhan dalam badan serta mengeluarkan segala toksik dalam badan melalui peluh dan air kencing. Sebaiknya minum air putih sebelum dan selepas tidur.

JUS TEMBIKAI
Ya, tidak di nafikan minuman ini sangat sedap untuk di minum terutamanya di musim panas. Tetapi ia juga boleh membantu menurunkan lemak di tubuh serta meningkatkan ketahanan serta membentuk otot. Jus ini mempunyai kandungan seperti nutrisi, likopen dan vitamin yang dipercayai mampu mencegah kanser.

TEH AIS PAPERMINT
Kombinasi teh dan papermint bermanfaat menyegarkan serta bantu membakar lemak. Papermint juga membantu tubuh untuk mencerna makanan tinggi lemak seperti steak dan burger dengan lebih lancar dan cepat.

TEH HIJAU
Siapa yang tidak tahu dengan kehebatan minuman teh. Ia bukan sahaja dapat menenangkan diri malah ia juga terbukti efektif dalam mengurangkan lemak di badan. Sebaiknya minum teh sebelum kamu lakukan segala aktiviti yang mengeluarkan peluh agar proses pembakaran lebih berkesan.

MILKSHAKE COKLAT

Kanak-kanak memang suka dengan air berperisa ini bukan ? Jangan kata kanak-kanak, kita dewasa pon memang sukakan minuman ini. Minuman ini memang tidak di nafikan boleh membantu melancarkan proses penurunan berat badan. Nak tahu macam mana? Minuman ini mampu membuatkan kamu kenyang, secara tidak langsung ia akan membuatkan kamu rasa kenyang. Tetapi harus di ingat, kalori untuk minuman ini sangat tinggi. Oleh itu pastikan selepas kamu minum, sulamkan dengan air putih untuk menstabilkan kandungan kalori dan gula dalam badan.

semua sedap2.. apa salahnye kan kita ubah cara pemakanan kan.. amalkan gaya hidup sihat.. *cakap kat diri sendiri sebenarnye* hihihi.. :D

You Might Also Like

9 Pengulasan

  1. oo..baru miza taw kak,hehe
    miza suka air coklat..tapi memang minum air coklat cepat kenyang pun..heee

    ReplyDelete
  2. Kak Lya suka minum air pitih banyak2sekarang ni Aniss ..Ciaca panass ni kena banyak minum air ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi Kak Lya minum air pitih. :p jangan marah kak lya gurau ja

      Delete
  3. Air putih tu yang bagus untuk kesihatan :)

    ReplyDelete
  4. Aisyah suka air putih, milkshake coklat.. seedapp..
    jus tembikai tu pulak penah rasa kot.. dh lama x minum.. ape2 pun semuaa sdp2 dn berkhasiat :)

    ReplyDelete
  5. musim panas ni kena banyaj2 minum air putih
    salam singgah :)
    www,irrayyan.com

    ReplyDelete
  6. Dalam banyak2 air tu... air tembikai paling best. Tapi kak nanie suka air 0 je...

    ReplyDelete
  7. air lain boleh lagi nak disiplin minum. air putih tu la yang susah

    ReplyDelete
  8. salam. ok noted..nanti sebelum bersenam nak minum teh hijau hehheheh :))

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook