Assalamualaikum..
satu perkongsian untuk semua.. menarik perhatian anis bila bacanya.. :)
Buat tatapan bersama
Seorang isteri tinggal di rumah nya bersendirian. Suami dan
anaknya keluar bekerja di kebun berdekatan.
Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari datang tiga
orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.
Setelah dia menjawab salam, dia berkata "Saya tidak
dapat menjemput tuan tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada.
Sudikah tuan tuan duduk di halaman rumah sementara menunggu suami dan anak saya
pulang?"
Salah seorang daripada mereka berkata, "Tidak mengapa,
biar kami menunggu di luar. "
Sejurus suaminya pulang, mereka bersalaman dan para tetamu
memperkenalkan diri.
"Saya kekayaan", kata lelaki pertama.
"Saya kejayaan, "kata lelaki kedua.
"Dan saya pula kasih sayang, "ujar lelaki yang
terakhir.
Si suami menjemput ketiga tiga masuk , namun lelaki yang
paling tua di antara mereka berkata,
"hanya seorang sahaja daripada kami
yang boleh masuk."
"Jadi kami terpaksa memilih antara kamu bertiga? "
"Ya", jawab mereka.
Setelah mereka berunding, si isteri mencadangkan pakcik
kekayaan kerana moga dengan adanya kekayaan rumah mereka akan dilimpahi
kemewahan dan mendapat apa sahaja yang mereka dambakan selama ini.
Si suami pula mahu memilih kejayaan kerana beliau rasa
dengan kejayaan mereka semua anak beranak pasti akan dapat harta dan banyak
lagi perkara.
Tiba tiba si anak yang dari tadi diam mencadangkan agar
memilih pakcik kasih sayang.
"Biarlah kita hidup begini. Sederhana tetapi ia penuh
dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu
saling berkasih sayang dan menyayangi saya... "
Kedua-dua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si
anak yang begitu murni.
"Baiklah kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam
rumah kita, kami memohon maaf kepada tuan tuan kerana menolak tuan kekayaan dan
kejayaan kerana tuan-tuan yang telah menetapkan syaratnya," muktamad kata
si ayah.
Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun
diiringi oleh kedua-dua orang tetamu lain. Tuan rumah terkejut melihat
ketiga-tiga masuk ke dalam rumah.
"Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukankah tadi
kami hanya memilih kasih sayang? "
"Wahai anakku, jika kau menjemput kasih sayang bererti
kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan
pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya."
Mendengar yang demikian, si suami isteri dan si anak
tersenyum gembira. Alhamdulillah!
keluarga
yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan
dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan memperoleh
kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh n sekali iaitu
kaya harta dan kaya jiwa!
(* Subhanallah! Masya Allah Tabarokallah.
Alhamdulillahihamdan kasira toyibban mubarakah.
Allahumma aamiin. ..*)
#copypaste
15 Pengulasan
nice sharing, kekayaan dan kejayaan akan datang bersama kasih sayang:) #457
ReplyDeletemaksud yang mendalam..thanks sharing anizz
ReplyDeleteKasih sayang tu penting dalam sebuah institusi kekeluargaan :)
ReplyDeleteKasih syg tu paling penting
ReplyDeletetapi manusia sekarang gilakan duit. 24 jam mulut duk cakap pasal duit. tapi kerjanya idok.. mulut je duk bercakap.. tangan tadah duit dari mak bapak je..
ReplyDeletekasih sayang itu penting.. Allah juga maha penyayang
ReplyDeleteMemanf susah nak buat pilihan antara tiga ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah final decision mereka is the best.
setuju dgn Dr Shikin
Deletenice sharing anis
ReplyDeleteperkongsian yang indah Anizz... :)
ReplyDeleteHari ini ramai yang cuba membeli kasih sayang, dan rasa kejayaan faktor kebahagiaan
ReplyDeletekasih sayang yang tak dapat dibeli.. bukan mudah untuk memilih antara ketiga-tiganya..
ReplyDeletesalam. kisah yang menarik..nice sharing anis :))
ReplyDeleteof course kasih sayang lebih bermakna dari segala isi dunia.. =)
ReplyDeleteada kekayaan, tapi tiada kasih sayang ; tiada guna. ada kejayaan tapi tiada kasih sayang ; kosong. memang perlu ketiga tiganya. yang utama kasih sayang ^___^ deep story mory atas tu..
ReplyDelete