Assalamualaikum..
pagi2 dah tengok dekat google search ade gambar macam kat bawah nie.. sekali klik..rupanya hari ulangtahun supermokh negara kita, iaitu Allayarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari.. sumbangan beliau dalam arena bola sepak memang anis tabik spring la.. digeruni mana-mana pemain bola sepak sezaman beliau.. jom baca garis masa karier beliau..
sumber ehsan incik google |
Antara Pencapaian Beliau Dan Garis Masa Karier.
1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.
1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.
- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.
1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.
1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.
1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.
1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.
1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.
1977: Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.
1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.
1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Asia Tenggara dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.
1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di final.
1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.
1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.
1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.
1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.
1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.
1987: Menyertai Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB) dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.
1989: Disahkan mengidap penyakit Distrofi otot. - berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.
1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.
1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi
10 Pengulasan
padan lah di google ada beliau, mama puas jugak mengecam.. hihi, thanks beri info ini aniz..
ReplyDeleteMama Niza
Trlalu byk kejayaan Dan anugerah yg arwah terima
ReplyDeleteSalute sama SuperMokh....diharap nnt ada pemain2 bola sepak yg berkaliber mcm beliau.
ReplyDeleteingatkan siapa huhu nampak sgt tak minat bola ..thnks aniss 4 the info ...
ReplyDelete"Percayakah anda, semalam ialah HADIAH untuk Hari jadi Arwah Supermokh? 3 - 0." - Sukan Star... hurmmm..
ReplyDeleteoooo baru tahu, maklumlah mamamyja bukan penggemar sukan bola sepak. hihik
ReplyDeletewah heebatnyaa .. semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman. amin :)
ReplyDeleteterharu bace semua pencapaian mokhtar dahari ni...no wonder lah nama nya org sebut2 lagi sampai skrg kan... semoga ditempatkan dengan org2 yang beriman... alfatihah
ReplyDeletemmg seorang lagenda
ReplyDeleteBanyak betul pencapaian dia untuk malaysia. Al-fatihah untuk.arwah
ReplyDelete