Assalamualaikum..
wah wah berita yang mengejutkan..hihi.. sebelum ni kita dengar Kate Middleton baru sahaja melahirkan anak keduanya kan.. anak anak beliau semua comel comel kan... anis baca tadi dekat astro gempak..
Kate Middleton Hamil Lagi
Isteri kepada pewaris takhta Britain, Putera William iaitu Kate Middleton dikhabarkan telah pun hamil lagi, hanya empat bulan selepas melahirkan anak keduanya.
Kate yang mempunyai gelaran Duchess of Cambridge itu baru sahaja melahirkan anak keduanya, Charlotte Elizabeth Diana pada 2 Mei tahun ini.
Khabar gembira kehamilan wanita berusia 33 tahun itu sudah diketahui oleh keluarga besar diraja dan orang tinggi kerajaan.
Menurut sumber Hollywoodlife, Kate dan Putera William, sememangnya mengimpikan untuk memiliki
Ketika ini, Kate sudah mendapat kebenaran dari Ratu Elizabeth II untuk berehat daripada menjalani tugas rasmi, setidak-tidaknya untuk tempoh dua bulan.
Tambah sumber itu lagi, sepertimana kehamilannya sebelum ini, Kate mengalami alahan di awal kandungan.
Malah, dia juga amat menjaga kesihatan diri dan kandungannya kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko.
Jadi untuk sementara waktu, adik Kate, Pippa Middleton menemani William menghadiri majlis kerajaan.
Mengikut perkiraan, Kate dilaporkan akan melahirkan anak ketiga sekitar akhir April atau pun awal Mei tahun hadapan.
Buat masa ini, Kate dan keluarga diraja seperti belum bersedia membuat sebarang pengumuman rasmi meskipun khabar kehamilannya itu sudah mula tersebar.
Dia juga kini sedaya upaya mengelak daripada paparazi yang mungkin sedang berusaha mendapatkan gambarnya.
Selain Charlotte, pasangan yang digelar 'Duke and Duchess of Cambridge' ini turut memiliki seorang lagi cahaya mata, Putera George yang kini berusia dua tahun.
sumber : http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/160582/Kate-Middleton-Hamil-Lagi-Selepas-4-Bulan-Kelahiran-Anak-Ke-2.aspx#.Ve5Z_EcG6Vs.facebook
7 Pengulasan
cepatnya dapat baby baru..
ReplyDeleteWah...murah rezeki keluarga diraja ni..:)
ReplyDeletebestnya dengar berita ibu mengandung ni..
ReplyDeletewah murah rezeki pasangan ne
ReplyDeleteok r tu... banyakkan pewaris takhta nanti...
ReplyDeleteeerk.. shian baby baru tu.. xdan nak manja2 hurmm..
ReplyDeletetapi semua ni aturan Tuhan.. bagusla dia nak ada anak ramai.
Rezeki pasangan diraja tersebut.. ;)
ReplyDelete