Assalamualaikum...
bila perut buncit ni, buat apa pun rasa tak selesa..lagi lagi kalau ade yang mata liar tu pandang pandang kita sambil berbisik...perghhh menyentap sanubari.. tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada alami masalah ni... hari ni anis nak share satu senaman untuk mengelakkan perut boroi... nota untuk diri sendiri jugak sebenarnya..hihi... jom tengok apa jenis jenis dia..
SENAMAN ELAK PERUT BOROI
Antara yang mudah untuk diamalkan ialah:
A. Bangkit tubi (1&2)
Untuk mengurangkan perut buncit senaman bangkit tubi paling mudah dilakukan. Gerakan ini dipercayai dapat melatih dan memaksimumkan kekuatan otot perut, selain baik untuk kesihatan punggung, dada dan bahagian tubuh yang lain.
Melakukan senaman bangkit tubi cukup mudah tetapi bagi anda yang masih baru, bangkit tubi boleh dilakukan dengan meminta bantuan orang lain bagi memegang kaki anda. Mulakan gerakan bangkit tubi dengan berbaring telentang, posisikan kedua tangan tepat di belakang kepala kemudian lakukan gerakan maju mundur. Pastikan tangan anda tetap berada di tempatnya, tidak terlepas dari atas kepala.
Anda juga boleh melakukan bangkit tubi Jackknife iaitu senaman bangkit tubi namun memerlukan anda mengangkat kedua kaki lurus ke hadapan. Caranya dengan berbaring lurus di lantai sambil memastikan lengan lurus ke atas. Selepas itu kepala dan kedua tangan sehingga tangan dan kaki bertemu di atas. Lakukan gerakan ini selama 30 kali.
B. Bicyle crunches (3&4)
Senaman ini mengutamakan kekuatan seluruh otot perut dan bahagian pinggang. Bagi yang ingin mencuba senaman ini sangat ringkas tetapi kesan diperoleh sangat baik untuk perut dan pinggang.
Caranya, berbaring lurus di atas alas senaman. Selepas itu letakkan tangan di belakang kepala dan angkat sedikit kedua kaki ke atas. Bengkokkan kaki kiri dan kanan bergantian seperti mengayuh basikal. Angkat sedikit kepala dan bahagian tubuh atas dan arahkan siku tangan kanan ke lutut kiri secara bergantian. Lakukan gerakan ini sebanyak 30 kali.
C. Senaman pinggul dan paha (5&6)
Kaedah senaman ini sama seperti bangkit tubi tetapi ia memberi tumpuan kepada pinggul dan paha. Caranya dengan berbaring, kedua tangan diluruskan ke lantai dan kaki dibengkokkan. Perlahan-lahan angkat punggung sambil kedua tangan menahan ke lantai. Luruskan kaki kiri. Lakukan pergerakan sama dengan menukar kaki.
D. Plank (7-10)
Plank berbeza dengan senaman tekan tubi. Ia lebih mencabar dan memberikan keseronokan kepada individu. Plank boleh dilakukan dalam pelbagai posisi seperti meniarap, baring melintang dan kepala menghadap lantai, menaik dan menurunkan badan menggunakan lengan tangan. Senaman ini mampu membentuk dan memperbaiki keseluruhan otot badan. Ia turut memberikan kelebihan sama seperti mengangkat berat, meregang dan membuat sebarang aktiviti kardiovaskular.
## boleh la kita mencuba... boleh kempis balik perut kita ni kan..hihi... selamat mencuba !!!
8 Pengulasan
Jom amalkan :)
ReplyDeletesusah wohhhh plank tu!hahaha
ReplyDeletecuba ok... coba...haha
Deleteterbaik :)
ReplyDeletesenaman 5minit, makan 20minit.. kalah senaman..hehehe
ReplyDeleteBagus senaman ni
ReplyDeleteBoleh terai ni
ReplyDeleteNak kempiskan perut tapi maleh nau nak wat senaman.. ekekeke..
ReplyDelete