Assalamualaikum...
Salam Aidil Adha buat semua pembaca dan pengunjung setia...hihi..macam ramai sangat je kan.. maaflah tak bersiaran.. sibuk sambil menyibukkan diri dari pelbagai masalah kan.. bila raya haji ni, kita akan dapat banyak daging korban kan? dekat rumah anis ni, perghhh banyak gilerr.. ade tulang la..daging sahaja.. siap buat list nak masak ape dekat daging daging tu semua.. alhamdulillah rezeki tahun ni dapat banyak daging.. boleh la buat sup..heee...
daging ni.. salah satu masalah kita nak masak dia dengan agak lama supaya daging kita empuk.. kadang kadang kita dapat yang liat, waduhh sudah betul nak kunyah.. nak gigit lagi la.. kalau gigi besi takpelah.. ni boleh patah gigi sambil senget senget mulut nak gigit.. okay, jangan bayang sambil buat okay..hahahah... anis ade la sedikit petua yang anis ambil dari orang dulu-dulu..nenek atuk kita.. ade la terdengar cara nak empukkan daging ni.. so anis share kat sini untuk bantu korang pulak.. ini antara yang anis tahu la ye.. kalau selain dari ini, anis tak tahu.. kalau ade yang nak share, silakan..
Cara Empukkan Daging Yang Liat
1) Limau
credit image google |
limau boleh melembutkan daging.. boleh letak ketika daging dimasak.. contoh macam rendang, gulai dan lain lain.. tetapi diingatkan, jangan letak banyak banyak, nanti tak pasal pasal pulak lauk jadi masam.. agak agak sahaja ye.. anis dah cuba.. memang empuk.. sedap...
2) Air Kelapa Muda
credit image google |
satu lagi cara yang anis buat, dengan menggunakan air kelapa muda.. haa yang ni pun okay..sedap..daging empuk... boleh digunakan jugak kalau korang nak masak ayam telur yang liat tu.. haa.. daging ayam tu akan jadi lebih lembut.. nak gigit pun senang je.. macam kita makan ayam biasa tu..
Selamat Mencuba !!
6 Pengulasan
wahh menarik jugak tips ni... akk sllu pakai rebus je berjam2...hahahahah
ReplyDeletegood info :)
ReplyDeleteTips yang bagus anis... Tahun ni berkesempatan nak mkn daging korban..
ReplyDeleteThank you for sharing this. Saya sebelum ni memang mengelak masak daging sebab takut daging jadi liat. Sekarang ni, boleh praktikkan petua ni.
ReplyDeletetq bg tips ni.. nt blh cuba..
ReplyDeletedaging byk dpt ni.. ari2 makan daging.. hahaha
Ada petua letak daun nangka, tapi bonde guna cara ni lagi cepat, masukan sudu besi atau steal... dlm rebusan daging, ia jadi cepat empuk dan lembut ....
ReplyDelete