Assalamualaikum.. anis nk share dengan korang semua mengenai pendapat Felixia Yeap ni..anis copy paste dr fb.. baru2 nie kite dikejutkan dengan kematian 6 remaja kalau tak silap anis, yang overdose dadah.. di konsert Future Music Festival Asia (FMFA).. dan kebanyakkan adalah melayu islam..alahaii sedih dgr berita ni.. kebanyakkan lebih mude dari anis.. hurmm.. adakah ni pesta dadah?? wallahualam..kite pon tak tau kan.,.. so bace penerangan / pendapat Felixia Yeap mengenai insiden ni..
sumber ehsan dari fb Felixia Yeap |
"SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu
dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik
melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta
mabuk tidak tentu arah," kata bekas model, Felixia Yeap hari ini berkenaan
kejadian yang menimpa enam peserta konsert Future Music Festival Asia (FMFA)
2014 yang maut akibat mengambil dadah ketika menyertai konsert tersebut.
sumber ehsan dari fb |
Menurutnya, perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka sendiri.
"Pada pandangan saya mereka ini seperti tiada haluan hidup.
"Secara jujurnya, walaupun susah untuk dipercayai, saya memang tidak minum walaupun dari dahulu lagi, atau terikut-ikut sekali dengan semua itu.
"...tetapi setakat melihat kehidupan orang di sekeliling saya seperti itu, sudah cukup membuatkan jiwa saya merasa kosong.
"Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini," katanya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya.
Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah Universiti di Utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di Konsert FMFA yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.
Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam linkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.
Dalam satu sidang media semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, ekoran hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan
"sinar harian"
QS: 4. An Nisaa'17-18. "Sesungguhnya taubat di sisi
Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran
kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang
diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.
Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.
p/s : terkejut dan tak tahu nk ckp mcm mana.. terkelu lidah ni.. semoga kita semua tak tersasar jauh dari agama islam..aminnn...
10 Pengulasan
ya Allah, semoga iman kita kekal terpelihara. insyaAllah.
ReplyDeleteaminn..
Deletekalau hiburan terlebih sangat pun tak boleh jugak :(
ReplyDeletetu la.. sedih bile keluar berite nie.. negara kite dh la tgh sedih pasal MH370..hurm..
Deleteade jugak member yg sosial mcm tu.. tp dia da berubah sebab tak tahan tengok kawan2 dia hidup dengan berbuat dosa sosial sana sini.
ReplyDeletedunia sekarang ni macam-macam kan..lagi takut kalau Allah murka dekat kita semua sampai yang tak berdosa pun kena balasan.minta dijauhkan...
ReplyDeletesesungguhnya mereka berada dalam kerugian :'(
ReplyDelete<33333
ReplyDeletemuzik tak salah, yang menjadi salah bila mencampurkan muzik itu dengan benda haram yang lain. Sedih baca pasal FMFA pasal budak meninggal tu sebab ada yang satu umur dengan saya.
ReplyDeletesaya suka dgn semua ayat ayat Felixia Yeap . sgt membangkit :)
ReplyDelete