Assalamualaikum semua.. semua dah tahu kan pasal pengumuman dari Datuk Seri Najib mengenai berita sedih tu kan? anis terkedu dan rasa serba tak kena hari ni bila berita tu disampaikan semalam.. mati sudah senyuman untuk pagi ni.. mengenangkan nasib penumpang dan krew MAS MH370 tu.. ya ALLAH... lemah seluruh badan.. kita semua tetap mendoakan.. tetap ada harapan walaupun amatlah tipis.. walaupun tiada keluarga anis yang terlibat, tapi sedih dan sayu tetap ada.. saat menulis entry ni, serasa macam nak menangis pula.. anis buka saluran astro oasis sebab ada bacaan ayat2 suci.. sungguh tenang hati yg bergelora ni.. dan juga anis dapat tahu satu berita sedih lagi yang 529 ikhwanul muslimin di Mesir, dijatuhkan hukuman mati.. ALLAHU ALLAHU.. sedih sangat2 atas kedua2 berita nie.. berikanlah kekuatan kepada ahli keluarga yang terlibat ya ALLAH.. sesungguhnya ALLAH maha berkuasa sekelian alam.. berikanlah ketabahan.. aminn....... :( mari sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepada semua yg terlibat dalam insiden ini.. kita nantikan sahaja berita selanjutnya tengahari nanti.. :(
2 Pengulasan
semuga mereka tabah dan redha menerima apa pun ketentuan Allah
ReplyDeleteSemoga urusan dipermudahkan. Elak kan kami dari fitnah akhir zaman
ReplyDelete