agama

Penjelasan Surah Yaasin Yang Tersebar di Media Sosial

Monday, March 10, 2014

Assalamualaikum.. selamat hari isnin.. bersyukur kita masih diberi peluang utk dibangunkan dari tidur dan melakukan aktiviti seperti biasa..Alhamdulillah.. haa skrg nie femez amos plak surah yaasin dengan kes pesawat tu kan.. nie penerangan dari seorg ustaz tentang surah yaasin yg dok di copy paste tu..harap membantu.. :)


sumber ehsan dari facebook

Jika ada lagi sebaran2 yg mengaitkan ayat2 dlm surah Yasiin & kes pesawat MAS, ini penjelasan yg baik:

Maka berhubung dengan isu kehilangan pesawat MAS MH370 dan ayat dalam surah Yaasin ini sebenarnya tidak ada kaitan langsung kerana beberapa sebab seperti berikut:

1- Dalam bahasa arab perkataan “Fulk” adalah merujuk kepada kapal yang berlayar di atas air.
(Rujuk Kamus al-Wasit)
# Maknanya ia tidak merujuk kepada kapal yang berlayar di atas awan (kapal terbang).

2- Ayat ini juga merujuk kepada kapal Nabi Nuh a.s yang belayar ketika banjir yang amat dahsyat ditimpakan oleh Allah s.w.t ke atas ummat Nabi Nuh yang tidak beriman.
(Rujuk Tafsir at-Tobari dan Tafsir Ibnu Kathir)
# Maknanya di dalam ayat ini tidak berkait langsung dengan cerita pelayaran kapal terbang.

3- Perkataan “zurriyatuhum” dalam ayat ini pula ditafsirkan oleh ulama dengan dua pendapat:
-Keturunan kaum musyrikin Mekah (diungkit oleh Allah supaya mereka sedar)
-Keturunan yang terdahulu semasa zaman Nabi Nuh a.s. (Rujuk Tafsir Fathul Qadir)
# Maknanya tidak ada kaitan langsung tentang cerita-cerita yang terkemudian daripada zaman Nabi Nuh a.s untuk dikaitkan dengan ‘keturunan’ dalam ayat ini.

4- Bagaimana pula kaedah ulama tafsir yang disebut:
“ Ibrah (pengajaran dalam al-Quran) adalah diambil berdasar umumnya lafaz bukan khususnya sebab turun ayat .” Maka jika melihat kaedah ini bukankah ayat ini boleh juga kita guna pakai untuk kita hari ini yang bukan hanya tertakluk kepada zaman Nabi Nuh a.s?
# Jawapan: Kaedah yang digariskan oleh ulama tafsir ini adalah bermaksud untuk mengambil pengajaran BUKAN untuk menafsirkan keadaan yang berlaku berdasarkan ayat al-Quran.

Ustaz W.Md.Hazim Bin W.Md.Hashim al-Shoubrawy
(Imam Masjid Negeri, Kuala Terengganu)

 
teruskan berdoa utk kesejahteraan mereka yg ada dalam pesawat tu.. semoga semuanya dipermudahkan..aminnn ya ALLAH.. (sumber gambar ehsan dari myMetro)

p/s :  perlu berhati-hati dalam menyebarkan ayat2 Al Quran tanpa rujukan guru atau ulama... peace...
         (semua sumber dari facebook)

You Might Also Like

6 Pengulasan

  1. ye la anis..macam kebetulan pulak kan? apa2 ayat quran tak boleh ditafsir sewenang2nya tanpa ilmu yang kukuh...kena rujuk pakar :)

    ReplyDelete
  2. Kena lebih berhati-hati, lebih-lebih lagi dengan ayat al-Quran.

    ReplyDelete
  3. yang penting kite doa banyak2, mintak allah mudahkan misi mencari MH370 ne kan..

    ReplyDelete
  4. kena hati2 sis..tp sekarang ni dekat muka buku orang tak baca betul2 tapi da share trus,...yang penting kita jangan bhenti bdoa...smoga dipermudahkan semuanya... :)

    ReplyDelete
  5. org yg buat teori tu faham tafsir ke? menakutkan kalau kita start buat main dgn ayat Quran... semuga kita jadi bertambah baik dgh musibah ini, bukan bertambah buruk....

    ReplyDelete
  6. nasib baik tak share benda nih. hehe.

    ReplyDelete

SUBSCRIBE

Like us on Facebook