Assalamualaikum..
sejak akhir-akhir ni.. anis cepat sangat sensitif.. lagi-lagi kalau tengok sesuatu yang sedih, macam kanak-kanak kena dera la.. kucing kena pedajal orang la.. buat air mata mengalir laju je..haishh.. tak tahu la sebab apa.. dulu-dulu tak macam ni pon..adoii..nak tergelak jugak tengok diri sendiri..haha..
oke2.. mula-mula, anis nak mintak maaf ye tak blogwalking.. ni pun sebenarnya schedule entry..owner blog busy sikit.. maaf sangat-sangat ye.. anis bukan sengaja tak singgah blog korang.. harap tiada yang kecil hati ye.. syg semua rakan blogger.. ^__^
anis tertarik dengan cerita ni.. bukan kategori cerita jugak la tapi boleh kita renung-renungkan.. jom baca..
REZEKI DARI KUCING
Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Cuba kita fikirkan...ada tiga sebab yang boleh kita rungkaikan di sini...
1. Allah sedang beritahu, makanan kita hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.
2. Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti atau bagi malah lebih baik. Ingatlah, setiap 1 kebaikan yang kita buat Allah akan balas dengan 10 kebaikan. Allah itu Maha Mampu bagi lebih dari itu.
3. Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingan ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya mampu minta dan makan.
Renungkan bersama okey~
16 Pengulasan
Setuju dgn cerita ni....akak pun bz giler aniz...ni dh demam dh pun
ReplyDeleteallahu...kadang² kita je tak perasan kan anizz...
ReplyDeletei loike cita ni
ReplyDeleteakak memang sensitip punnn...ekekekeke....
ReplyDeletekucing ni adalah haiwan kesayangan nabi
ReplyDeletenmpk omel kucing tu
ReplyDeletebila kita ni sensitif dgn perkara macam tu tanda kita prihatin..
ReplyDeletePerubahan umur kot yg buatkan hormon pun berubah.. hehe..
saya syg kucingggg!!
ReplyDeleteBagus...
DeleteNani alah dengan bulu kucing. Huhu
ReplyDeletebetul....org yg beri kucing makan...Allah akan tambahkan rezeki di pemberi tu
ReplyDeleterezeki jugk klau dia calarkan kereta >.<
ReplyDeleteBetul tu, tak semestinya apa yang kita ada tu semuanya rezeki kita. Kadang2 kita berkongsi rezeki dengan yang lain.
ReplyDeleteBetul tu, tak semestinya apa yang kita ada tu semuanya rezeki kita. Kadang2 kita berkongsi rezeki dengan yang lain.
ReplyDeleteaina dri kecil lagi smpai sekarang.... memang geram sgt dgn kucing2 ni. comel sgt!! awwww.... pencinta kucing tegar disini >_<
ReplyDeletemuhasabah dari falsafah kucing...
ReplyDelete